10 Jun 2010

Aspartame ganti Gula?

Salam sejahtera. Ramai antara kita yang telah mula menyedari bahaya memakan makanan yang berkhasiat terlalu tinggi dan manis. Sama ada tujuan untuk berdiet, menjaga kesihatan atau mengelak daripada penyakit diabetes/ kencing manis, mereka mula sedar dan menjinakkan diri dengan istilah kurang manis atau kurang gula. Ini adalah amalan yang baik.
Namun pihak pengeluar produk makanan juga menyedari hakikat ramai yang "takut" pada gula, tetapi TIDAK BERJAYA untuk mengelakkan makanan daripada rasa manis kerana makanan yang tiada rasa manis biasanya sukar nak rasa sedap. Oleh kerana nak kekalkan kemanisan makanan tetapi nak elakkan gula, maka BAHAN KIMIA mula diadun dan dicipta agar dapat melahirkan rasa manis seperti gula. Lalu mereka mula menonjolkan produk makanan dan jajan gempak dengan kenyataan spt "SUGAR FREE" atau "NO SUGAR ADDED" atau "TIDAK MENGAKIBATKAN KEROSAKAN GIGI" dll.
Kita ambil satu contoh, pengganti gula yang biasa ditemui ialah aspartame.... dan jenama popularnya banyak yang dikatakan mengganti gula dan TIDAK BAHAYA serta baik untuk diet. Ia digunakan dalam lebihkurang 6000 jenis produk makanan.
Malang sekali kajian menyatakan aspartame lebih membawa penyakit seperti kegemukan, barah, diabetes/ kencing manis, dll. Aspartame atau E951 setelah terurai dalam badan akan menjadi
1. Methanol sejenis alkohol dan kemudian terurai menjadi formaldehid (sejenis racun).
2. Mengurangkan serotonin dalam otak yang membawa kepada kemurungan dan selera makan yang meningkat.
3. Asid Aspartic iaitu adik-beradik kepada MSG (monosodium glutamate).
Dikatakan lebih 80% aduan kepada Pengurusaan Makan dan Ubatan Amerika (FDA) adalah berkenaan aspartame.
Oleh itu, walaupun niat baik nak diet dan sihat dengan mengelak memakan gula, matlamat tak menghalalkan cara. Elakkan pemanis kimia. Bagaimana nak ganti.... rujuk arkib blog ini yang lama dulu, iaitu, ganti dengan buah-buahan sebagai pemanis.
Itu sebab orang Melayu patut suka dengan istilah "Manis-manis buah", sedangkan ramai yang kata demikian bermakna "Tak Cukup Manis Lagi". Ceria selalu..