19 April 2008

Bagus tapi masih perlu control

Alhamdulillah saya dapati ramai yang telah merasakan munafaat mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam, dan mengambil jamu patawali ++. InsyaAllah ini dapat mengawal tekanan darah bagi menurunkan darah tinggi dan mengelak serangan sampingan akibat diabetes / kencing manis.

Kali ini saya nak menyentuh sedikit tentang beberapa perkara yang kadangkala kita tersilap langkah walaupun niat pada asalnya amatlah baik. Selalu kita tahu 'matlamat tak menghalalkan cara.' Begitu juga dengan makanan kita. Terdapat beberapa makanan yang kita terlebih tekankan dan juga terlebih "puji" sedangkan pada hakikatnya mungkin tak begitu.... sama seperti makanan lain:

1. Jus buah-buahan (dalam tin/botol)
Hmm labelnya kata "100 peratus natural", mestilah ok ya tak?! Sebenarnya nak buat 1/2 cawan kita perlukan 5 biji oren. Jadi kalau 5 biji oren tu kita boleh habiskan dalam 4 saat sahaja, dah tentulah tak puas dan tak kenyang. Kalori tetap banyak sebab mungkin ada gula tambahan.
Oleh itu, gantikan dengan sebiji atau 2 biji oren buah. Anda akan rasa puas dan lebih sihat kerana kurang gula dan dapat serat fiber.

2. Sports drinks
Yang ini memang lebih popular dalam Bahasa Inggeris. Selalu orang muda yang rajin beriadah dan cergas rasa tak glamour kalau tak pegang dan minum satu tin air tersebut. Macamana nak tahan dahaga, tinnya cantik warna warni, iklannya ada atlit hebat sedang meneguknya...
Tapi perasan tak ada perkataan "energy" atau "tenaga" yang digunakan. Ingat, tenaga biasanya sinonim dengan kalori yang dari segi kesihatannya hanyalah air dengan tambahan gula tertentu, bahan lain, warna dan pengawet.... yang dijual dengan harga yang agak mahal!
Cadangannya, jika anda memang bergerak amat cergas selama lebih daripada 1 jam, air yang dicampur sedikit garam dan gula mungkin dapat menggantikan elektrolit dan glikogen yang hilang dari badan anda. TETAPI, jika anda hanya bergerak sedikit dan hendak menguruskan badan pula, air kosong + oren sebiji + sedikit garam (kacang masin) dah ok sangat.

3. Pemanis "natural"
Walaupun ia rasa lebih sedap daripada gula biasa, dari segi nutrition ianya hampir sama. Ia tidak ada nutrition atau kelebihan lain berbanding gula. Sama ada natural atau diproses, kalori gula adalah sekitar 16-20 kalori setiap sudu teh. Cadangannya, kira betul-betul berapa sudu...!

Oleh itu diharapkan kita semua hati-hati dan tidak kalah dengan iklan-iklan makanan yang menggiurkan tu.... almaklumlah mereka dah membelanjakan berjuta RM buat marketing. Jumpa lagi insyaAllah, ceria selalu...