02 Januari 2008

Selamat Tahun Baru - Ceria dan sihat selalu

Selamat Tahun Baru (Tahun Hijriah juga akan menjelang tiba) kepada semua pengunjung laman ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mengekalkan kesihatan dan keceriaan masing-masing ... terutamanya yang sudah sedikit berusia, dapat mengelakkan diri dari masalah serius diabetes/ kencing manis, darah tinggi dan masih slim.
Ok, kali ini saya nak kongsi sedikit azam tahun baru sebagai usaha kita untuk kekal sihat, insyaAllah.

1. Cari ruang untuk berehat yang secukupnya di tahun 2008
Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, stress atau tekanan amat kerap menjadi punca kita jatuh sakit. Kajian menunjukkan bila kita stress, sejenis hormon dalam badan kita akan bertambah. Nama hormon ini adalah cortisol. Hormon cortisol ini agak "nakal" kerana ia akan meningkatkan kadar penyimpanan lemak badan (senang berisi), menambah kerosakan sel dan organ badan akibat free-radical dan juga akan mengurangkan muscle kita (letih saja bersenam angkat berat).
2. Kurangkan gula dalam pemakanan
Tak habis-habis dengan gula... ada yang kata bila dah sakit diabetes/ kencing manis maknanya kuota makan gula dah habis. Walau disindir begitu pun, gula tetap menggoda. Itu sebab kita kena usaha kurangkan sebab ia hadir dalam makanan kita dalam pelbagai bentuk.
3. Makan "lemak baik" kurangkan "lemak jahat"
Semuanya kejadian Tuhan. Lemak tu tak baik atau jahat, cuma akibatnya jika diambil banyak boleh menyebabkan mudarat. Kurangkan lemak jenis trans-fatty acids (banyak dalam makan segera) kerana mudah mendatangkan pelbagai penyakit. Lemak yang baik dimakan ialah omega-9 (dalam minyak zaitun) dan omega-3 (sumber ikan dan tanaman yang ada ALA atau Alpha Linoleic Acid).
4. Makan lebih protein
Makan protin yang bersih tak bercampur lemak. Daging yang tinggi protin dan kurang lemak biasa dipanggil lean meat atau daging putih. Protin membantu membina muscle, menguatkan tahap immun kepada penyakit dan memperkasakan tubuh kita.
5. Elakkan makanan proses
Secara umumnya, kenalilah makanan kita. Kalau tengok rasa tak pasti apa bendanya tu, atau dah banyak berubah bentuk (dah kena proses = makanan proses), tinggalkan, kerana banyak lagi makanan lain.
Semoga tips ini dapat membantu kita sihat dan ceria selalu...