02 April 2009

Sume nak jadi Sumo?

Salam sejahtera buat semua! Hmm... sejak ada cerita Sumolah, saya rasa ramai yang tak merasa pelik melihat gambar kecil di sebelah tu.
Walaupun gambar tu kecil je, sebenarnya ahli Sumo itu amatlah besar dan kuat orangnya. Sewaktu mereka berlanggar, bagaikan trak yang berlanggar. Mereka itu amat kuat, tetapi mereka juga pakar mengumpul LEMAK BADAN. Ya, mereka mahukan kegemukan yang melampau! Pelik tetapi benar, inilah satu-satunya atlet yang mahukan gemuk.
Bagaimanakah mereka berjuang untuk mendapatkan kegemukan yang melampau itu? Inilah yang kita akan berkongsi kali ini:

1. Setiap hari mereka mengelak dari makan sarapan. No breakfast.
2. Mereka akan bersenam dengan perut kosong.
3. Mereka bersenam dalam masa yang lama 2 - 5 jam sehari.
4. Mereka makan hanya 1-2 hidangan yang besar setiap hari. Tiada snek ringan lapik perut.
5. Mereka makan banyak karbohidrat tinggi dengan daging.
6. Mereka tak makan apa-apa lemak pun.
7. Mereka makan makanan berkalori amat tinggi.
8. Mereka minum beer sambil makan.
9. Mereka terus pergi tidur sebaik selepas makan (siang dalam 3 jam tidur).

Inilah antara amalan mereka yang jelas diamalkan berkurun-kurun lamanya. Apa hasilnya? Ialah seorang ahli Sumo dengan lemak badan melebihi 50%.
Jadi apa kita nak buat? Kita dah tahu, jika nak gemuk macam ahli Sumo kena buat macam itu, oleh yang demikian nak jadi biasa dan sihat kenalah buat yang sebaliknya. Kalau tidak... Sumolah! Jumpa lagi, ceria selalu...