23 Oktober 2009

Buntu... apa nak makan?

Salam sejahtera semua. Selepas musim perayaan ni, ramailah rakan taulan yang kelihatan kelam kabut mencari ubat-ubatan, dan tak kurang yang menghubungi saya memesan Jamu Patawali++ atas sebab yang biasa, diabetes/kencing manis- gula dalam darah ataupun darah tinggi- tekanan darah naik. Memang mengawal makan dalam suasana spt perayaan amatlah mencabar.
Namun mereka yang memang sudah ada terutamanya diabetes, sama-samalah kita beringat untuk terus bersenam dan sentiasa memeriksa paras gula dalam darah. Perlu pantau agar tidak terlajak terlalu jauh.
Tentang pemakanan pula bolehlah kita kembali kepada makanan yang sihat, terutamanya yang boleh pula membakar lemak. Jika anda rasa buntu tentang apa yang baik untuk dimakan, berikut adalah senarai makanan yang boleh bantu bakar lemak (sebelum ni pun dah pernah bincang):
1. Buah yang paling baik ialah Grapefruit (yg macam limau tu). Penyelidik dari Scripps Clinic mendapati ia mampu turunkan insulin dan menggalakkan penurunan berat badan.
2. Daging Ayam Belanda (Turkey). Ia berprotein tinggi, makanan kegemaran ahli sukan berotot dan bina badan. Janganlah lupa buang kulitnya dulu dan tak digoreng..
3. Oatmeal. Memberi tenaga sambil merendahkan kolesterol. Kalau boleh pilih yang bukan segera.
4. Sayur broccoli. Ia tinggi kalsium dan menggalakkan pengurangan berat badan.
5. Minum Green Tea. Ini kita dah pernah bincang sebelum ini.. memang baik untuk kesihatan. Selebriti ternama pun minum juga nak jaga badan.
6. Makan sup. Pun kita dah bincang sebelum ini, jangan pulak sup gearbox yang pekat-pekat tu. Kajian Univ Penn State, makan sup ringan boleh mengurangkan selera nak makan banyak.
7. Yogurt rendah lemak. Obesity research mendapati bukan sahaja sedap dan berbagai rasa, juga sihat dan menggalakkan penguraian najis dalam perut supaya dicernakan dengan baik. Elakkan keracunan makanan.
8. Buah epal dan pear. Baik untuk mengganti gula dalam badan dan berserat tinggi. Kenyang lebih lama.
9. Makan lada. Ladal Univ (nama pun macam Lada :) mendapati lada boleh menghasilkan hormon yang menggalakkan metabolisma badan kerana kepedasan.
10. Air kosong. Dah pedas minumlah air kosong. Penyelidik Jerman mendapati air memudahkan penghadaman dan pengaliran dalam badan, serta mengenyangkan.
Semoga tips di atas memecah kebuntuan anda apa nak dijadikan makanan gantian yang sihat. Ceria selalu..