25 Julai 2008

Sistem Ketahanan Badan

Salam sejahtera kepada semua semoga sihat dan bahagia sentiasa. Kali ini saya akan berkongsi satu perkara yag selalu menjadi perhatian kita, sama ada bagi diri sendiri atau pada anak-anak kita yang sedang membesar.

Sistem Ketahanan Badan (SKB) kita sepatutnya memang bersedia ke atas sebarang serangan yang berlaku dalam tubuh kita 24 jam untuk sepanjang hayat. Namun begitu, jika dibiarkan sahaja ia diserang bertubi dengan berbagai jenis penyakit moden, tekanan yang bertambah itu akan menyebabkan SKB kita kehilangan kekuatan dan keberkesanannya. Maka senanglah serangan penyakit untuk masuk seperti sakit kepala, flu, demam selsema, kelesuan malah ada yang kata boleh menyebabkan kanser.

Sebenarnya bahagian-bahagian pada badan kita ini ada kelenjar-kelenjar berasingan yang bertanggungjawab ke atasnya. Bila bahagian itu diserang, kelenjar itulah yang menjadi pusat mengawal serangan, dan kelenjar itulah yang akan kita rasa sakit sangat. Contohnya, jika sakit tekak atau selsema, kelenjar pada leher akan sakit. Pada peha ada untuk menjaga kaki, pada bawah ketiak pun ada untuk menjaga tangan. Apabila diserang, kelenjar itu akan mengambil masa untuk hilang bengkak dan sembuh.

Apa yang selalu dicadangkan ialah:
1. Makan makanan segar
2. Selalukan bersenam
3. Kawal tekanan/stress

Oleh itu cuba jauhi dari pengambilan terlalu banyak ubat-ubatan/dadah; pencemaran udara; kekeurangan tidur; salah makan; malas bergerak; dan terlalu stress. Yaa... kita kena kawal stress... kalau tak kenapa selalu orang jadi demam masa musim sibuk sangat (exam ke, kenduri ke)..?

Selamat beramal dan jumpa lagi di lain kali, ceria selalu....

08 Julai 2008

Perkembangan semasa

Selamat bertemu kembali dan salam sejahtera kepada semua. Saya pasti semua merasakan beberapa perubahan ketara beberapa waktu kebelakangan ini seperti kenaikan harga minyak dan barangan keperluan. Namun begitu, harap kita semua tidak bertolak ansur dengan keadaan dalam hal menjaga kesihatan fizikal dan mental kita. Penjagaan makanan dan ibadat merupakan santapan harian jasmani dan rohani kita. Bagi yang setia bersama jamu patawali sebagai makanan tambahan mengawal kesihatan, insyaAllah saya cuba sedaya upaya untuk tidak menaikkan harga.

Dengan perkembangan semasa, harap-harap badan kita tak kembang sama :) Oleh itu kali ini saya mengambil peluang menyarankan dua perkara:

1. Galakkan makan bubur nasi atau nasi berair...
Dengan harga beras yang mahal sekarang, makan bubur mungkin dapat menjimatkan belanja. Tapi ada syaratnya.... cari cara mentanak atau memasaknya dengan cara efektif... sebab letrik dah mahal dan gas jugak mahal. Jadi cuba masak - biarkan - masak sikit lagi sampai nasi jadi bubur. Tak macam dalam peribahasa tu... :) Ada rakan yang telah turun berat badan lebih kurang 2 kg seminggu dengan makan bubur nasi berterusan. Jadi apa salahnya mencuba....
2. Jangan lupa bersenam. Seperti artikel yang lalu, bersenam tak semestinya pergi ke gym atau mengambil masa yang lama. Yang penting kita ada tujuan dan matlamat yang jelas serta seronok melakukannya. Kalau boleh, yang terbaik ia menjadi cara hidup kita.
Sekian dulu, ceria selalu...