31 Oktober 2007

Gembirakan hati anda

Beberapa orang rakan & kenalan telah memberi feedback yang baik dan keserasian (serasi) dengan Jamu Patawali++ & Patawali tulen, terutamanya mengurangkan kesan alahan kulit akibat kencing manis. Namun hampir semuanya berkata badan rasa "sedap". Inilah tanda-tanda positif yang diharapkan semua kita rasa atau alami hari-hari.

Merujuk kepada artikel tentang stress sebelum ini, memang berbahaya jika kita tidak menangani penyakit yang dialami seperti diabetes dengan segera. Penyakit ini akan mendatangkan stress yang kemudiannya boleh menimbulkan lain-lain lagi kesan negatif pada diri kita.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang stress dan selsema pula. Tidak sukar untuk yang bermasalah kesihatan menjadi stress lalu dihinggapi selsema dan seterusnya menyebabkan dia lebih stress dan sakit. Dari soalselidik perubatan yang dilakukan di University of Pittsburgh, didapati:
  • Orang yang selalu riang dan relax lebih ketahanan diri dari selsema dari orang yang sentiasa tegang atau dibawah tekanan.
  • Orang yang dapat selalu bercerita atau meluahkan perasaan diri juga lebih sukar untuk dijangkiti selsema.
  • Orang yang aktif dengan beberapa tanggungjawab lebih tahan kepada selsema daripada yang menyendiri asalkan tidak terlalu banyak tanggungjawab.

Oleh itu perlu kita melaksanakan beberapa perkara untuk menjaga diri agar tidak terus dengan perasaan negatif dan dibebani stress.

Ceria selalu..

29 Oktober 2007

Jangan menekan diri...Musnahkan stress

Sebelum ini stress telah dilihat boleh berpunca daripada penjagaan kesihatan atau tabiat pemakanan yang buruk. Walaupun kita sudah berpenyakit seperti diabetes/kencing manis, darah tinggi, dsbgnya, cara yang lebih baik untuk kita meneruskan hidup ialah dengan bertenang, redha dan lawan atau naikkan semangat diri dengan cara yang berfaedah. Mungkin perkara-perkara berikut akan dapat membantu anda:


1. Kawal nafsu atau kehendak diri dan istiqamah. Jangan biarkan diri kita terlalu mudah dipengaruhi oleh hal-hal negatif, terutamanya yang kecil dan remeh-temeh sahaja. Tuliskan apa yang penting untuk dilakukan sekarang dan lakukannya satu demi satu atau langkah demi langkah. Pastikan di mana sempadan kepada kehendak atau nafsu tadi. Berani katakan TIDAK kepada apa yang tidak penting kepada diri anda.


2. Dapatkan sokongan dan bantuan daripada orang yang dikenalpasti boleh membantu. Biasanya ini lebih mudah daripada kita mengatasi tekanan sendirian. Mungkin pengisian agama, bersukan dan hobi dapat membantu anda. Cuma awas tentang anasir tidak baik yang juga mencari kesempatan daripada mereka yang tertekan.


Ceria selalu...

26 Oktober 2007

Stress, makan dan diabetes

Hidup di zaman ini bagi ramai orang jauh lebih stressful berbanding dengan orang dulu-dulu. Ada stress yang semula jadi dan ada yang kita "cipta" sendiri. Namun ada yang tak perasan atau sedar yang mereka makan (lapar) yang berpunca dari stress. Ini amat berbahaya dan mengundang masalah kesihatan, apatah lagi jika mereka sudah mempunyai masalah seperti diabetes/kencing manis.

Bagi yang ada diabetes, makanan yang perlu diambil adalah sedikit berbeza, seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah (rujukan ADAM Inc.):

Jika kita boleh mengawal makan, rajin makan ubat, makan juga makanan tambahan seperti Jamu Patawali ++ atau Patawali tulen, insyaAllah masalah kesihatan seperti diabetes dapat dikawal dengan baik. Baiklah kita beringat kerana diabetes boleh membawa kepada masalah kesihatan lain jika tidak dikawal dan dirawat.

Di lain kali kita akan cerita tentang tip mengawal stress pula. Ceria selalu.

24 Oktober 2007

Mungkin anda gemuk kerana...

Memang persoalan kegemukan selalu ditanya dalam majalah, akhbar dan juga internet. Walaupun persoalan itu sebenarnya sukar dijawab dengan tepat tetapi ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh setiap individu bagi mengelakkan kesihatan dan berat badan menjadi tidak terkawal. Hari ini saya ingin berkongsi tip dari hasil ujikaji seorang penyelidik tentang amalan makan waktu lewat malam.

Dalam satu ujikaji dua kumpulan tikus telah digunakan sebagai sampelnya. Kumpulan A mengandungi tikus yang diberi makan pada awal malam sekitar jam 8 malam. Kumpulan B mengandungi tikus yang diberi makan sekitar jam 12 malam. Species tikus, jumlah dan jenis makanan semuanya sama malah ditimbang dan disukat supaya sama, hanya yang berbeza ialah waktu diberi makan.

Setelah beberapa minggu didapati perbezaan amat ketara antara tikus-tikus dari kedua-dua kumpulan itu. Semua tikus dari Kumpulan B mempunyai berat badan yang jauh lebih berat daripada tikus-tikus Kumpulan A. Penyelidik mendapati hormon dalam badan yang berbeza pada waktu makan tersebut menyebabkan makanan diproses secara berbeza dan boleh menyebabkan masalah kegemukan.

Oleh itu, cuba elakkan makan lewat malam terutamanya makanan berat yang berlemak atau manis. Jagalah diri agar sihat dan ceria selalu...!