19 Julai 2010

Serat boleh elakkan serabut...

Salam sejahtera. Dalam kehidupan hari ini yang segala-galanya bergerak dan beredar begitu pantas, keadaan akan tenang jika segalanya mengikut rutin harian. Apabila ada sahaja yang tidak mengikut apa yang sepatutnya dalam kadar yang besar, mulalah keadaan menjadi serabut! Begitu jugalah keadaan dalam tubuh badan manusia.
Serat amat diperlukan oleh tubuh manusia. Tak kira sama ada serat tersebut alam keadaan asli (spt dalam buah-buahan segar) atau pun dalam bentuk supplement, serat membantu tubuh mengekalkan sistem kardiovaskular yang sihat secara menggerakkan sistem penyucian semula jadi tubuh. Kajian mendapati serat meningkatkan penghasilan kolesterol "baik" HDL dan menolak kolesterol "jahat" LDL keluar dari salur darah. Ini mengelak dari terjadinya mendapan dalam salur darah yang dipanggil plaque.
Serat juga didapati membantu menurunkan tekanan darah (darah tinggi), menurunkan kandungan kolesterol, mengurangkan bengkak, dan mengelakkan salur darah menjadi keras. Yang bagusnya lagi, serat membantu mengawal kandungan gula dalam darah, yang boleh mengurangkan risiko terkena sakit kencing manis atau diabetes type-2. Selain itu, serat juga membantu dalam mengurangkan berat badan dan mengelakkan dan mengurangkan risiko barah colorectal, barah intestin dan barah gastrointesin.
Banyak mana nak makan serat? Kata pakar... lebih kurang 38 gram sahaja sehari. Dan kata pakar juga.... jangan lupa MINUM BANYAK AIR untuk mengelakkan sembelit.
Jadi, jangan lupa amalkan makan serat untuk elak diri dari jadi serabut. Ceria selalu..