02 Mac 2009

Sikit-sikit boleh elak penyakit

Turutan dari perbincangan kita yang lalu, amalan berubah sikit-sikit mungkin lebih berkesan daripada amalan hangat2 **** ayam. Ini amat biasa terjadi bagi mereka yang nak mula diet baru. Hinggakan dalam Bahasa Inggeris dipanggil "yo-yo diet". Cepat turun, cepat juga naik semula. Kita cuba elakkan yang begitu.

Nak kurangkan berat badan ni tidak ada magicnya. Oprah Winfrey selalu sebut dalam talk shownya, jikalah ada magic pil tersebut, sudah tentu dialah orang pertama yang membeli dan mencubanya.

Apakata kita cuba ubah sikit-sikit perkara yang rasa mampu dibuat, iaitu antaranya:
1. Kurangkan minum air gas dalam tin (soda). Menurut kajian, siapa yang biasa minum soda lebih kurang 10 tin seminggu jika meninggalkan amalan itu, boleh turunkan berat badan sehingga lebih 1kg sebulan free-free jer! Sebab 1 tin soda 12oz. boleh mengandungi 150-170 kalori, tanpa apa-apa kandungan nutrisi berfaedah.
2. Jika kita jalan kaki pada jarak 15minit ke mana-mana, dibuat 2kali sehari boleh turun lagi 1/2 kg berat.
3. Ambil saiz yang kecil (small) berbanding yang besar (large) jika order apa-apa dari restoran makanan segera. Contohnya burger besar dengan keju mengandungi 770 kalori, sedangkan yang saiz kecil 440 kalori. Banyak tuu! Biasanya kalori dapat dikurangkan jika tiada keju dan mayonnaise.
4. Sensitif sewaktu membeli barangan untuk sarapan pagi dll. Misalnya, cari yang kurang gula untuk sarapan jenis segera seperti cereal. Untuk pemanis, cari buah-buahan yang boleh menambah kemanisan secara terkawal. Buah tamar atau kismis misalnya. Pilih juga susu tanpa lemak, mentega dan mayonnaise rendah lemak dll. Kajian menunjukkan menukar kepada kandungan rendah boleh menurunkan antara 1/4 - 1kg sebulan.
5. Jadikan usaha kita yang baik-baik sebagai cara hidup atau lifestyle(habit) yang berkekalan, bukan perkara yang sementara. Barulah akan berkesan.

Jom ajak pasangan atau keluarga anda sama-sama buat. Biar bulat manusia kerana muafakat, bukan kerana makan =) Ceria selalu...