04 Disember 2008

Siapa susah nak makan sayur?

Salam sejahtera buat semua. Di musim cuti sekolah ini ramai yang bercuti atau berkelah ke tempat lain. Tak kurang juga yang duduk di rumah sahaja. Antara kebiasaan bila dah berjalan tu, pasal makan kita kurang fikirkan kesihatan, tapi lebih kepada nak sedap, nak cuba atau nak rasa.

Sayur-sayuran selalu menjadi faktor utama yang menyumbang kepada diet yang sihat. Kita di Malaysia ini walaupun mempunyai banyak jenis sayuran untuk dimakan, kekurangan idea atau kreativiti sering menyebabkan makan sayur jadi jemu. Kalau orang dewasa masih lagi boleh disuap dengan ulam-ulam, tapi bagi kanak-kanak memang lebih sukar.

Khasiat dalam sayur amatlah banyak dan tidak sepatutnya diabaikan. Yang pentingnya kita kreatif, iaitu tahu nak masak apa. Sebagai contoh saya sediakan satu resipi sarapan di bawah ini yang melibatkan sayur dan protein untuk kita sama-sama cuba, ok.


RESEPI SCRAMBLE EGG DAUNAN RIMBUN



Telur putih dpd 4 biji telur
1 oz. fat-free mozzarella cheese
bawang besar dihiris
cendawan segar dihiris
sayur bayam dihiris
1/4 sudu teh serbuk buah pala atau nutmeg
1/3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
(boleh tambah sayur lain atau lada jika suka)

Jangan lupa basuh bayam dulu. Pukul putih telur, masukkan cheese, bawang dan cendawan yang telah dihiris. Panaskan kuali tak-lekat dengan minyak zaitun dan tumis bayam dengan api sederhana. Taburkan sedikit serbuk nutmeg dan angkat. Buat scramble egg dengan putih telur tadi dan letakkan di atas sayur bayam tadi bila selesai.

Resepi ini termasuk dalam kategori kurang garam dan rendah kolesterol. Fiber dapat, protein pun ada. Minyaknya sihat. Apa lagi cubalah! Ceria selalu...