31 Oktober 2009

Dari Pagi ke Petang

Salam sejahtera semua. Berikut ada lagi panduan tambahan tentang pengambilan makanan.... Panduan pagi hingga petang agar tidaklah kita membuat kesilapan BESAR dalam berdiet:
Pagi - Janganlah sekali-kali sarapan dengan donut. Memanglah senang sarapan makan donut. Untuk anak-anak digemari, untuk mak bapak padan dengan kopi.... Tapi, donut amatlah tinggi kandungan lemak dan kalori. Kandungan nutrition lain pun hampir tak ada.Tengahari - Janganlah selalu sangat makan ayam goreng. Pilihlah yang dibakar, bahagian dada tanpa kulit. Itu boleh kurangkan kita 17 gram lemak dan 200 kalori. Bestnya!
Petang - Jangan suka sangat makan coklat... senang-senang boleh kumpul 280 kalori dan 14 gram lemak (trans fat). Makan kacang lagi baik.
Malam - Malas nak masak, terus singgah value meal. Hari-hari pulak tu.... Ya lah jimat masa dan jimat "duit" kononnya. Sedangkan sebenarnya makanan segera sebegini senang-senang boleh memberi kita lebih 1000 kalori dan 50 gram lemak sekali makan! Memanglah kita yang cari pasal.
Kalau kita betul-betul nak elakkan masalah kesihatan seperti diabetes/ kencing manis dan darah tinggi, jadikanlah panduan di atas untuk mengelakkan kita terus terjerumus dalam corak pemakanan moden yang "bahaya" itu. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat. Tak semestinya tak sedap kan? Ceria selalu..

23 Oktober 2009

Buntu... apa nak makan?

Salam sejahtera semua. Selepas musim perayaan ni, ramailah rakan taulan yang kelihatan kelam kabut mencari ubat-ubatan, dan tak kurang yang menghubungi saya memesan Jamu Patawali++ atas sebab yang biasa, diabetes/kencing manis- gula dalam darah ataupun darah tinggi- tekanan darah naik. Memang mengawal makan dalam suasana spt perayaan amatlah mencabar.
Namun mereka yang memang sudah ada terutamanya diabetes, sama-samalah kita beringat untuk terus bersenam dan sentiasa memeriksa paras gula dalam darah. Perlu pantau agar tidak terlajak terlalu jauh.
Tentang pemakanan pula bolehlah kita kembali kepada makanan yang sihat, terutamanya yang boleh pula membakar lemak. Jika anda rasa buntu tentang apa yang baik untuk dimakan, berikut adalah senarai makanan yang boleh bantu bakar lemak (sebelum ni pun dah pernah bincang):
1. Buah yang paling baik ialah Grapefruit (yg macam limau tu). Penyelidik dari Scripps Clinic mendapati ia mampu turunkan insulin dan menggalakkan penurunan berat badan.
2. Daging Ayam Belanda (Turkey). Ia berprotein tinggi, makanan kegemaran ahli sukan berotot dan bina badan. Janganlah lupa buang kulitnya dulu dan tak digoreng..
3. Oatmeal. Memberi tenaga sambil merendahkan kolesterol. Kalau boleh pilih yang bukan segera.
4. Sayur broccoli. Ia tinggi kalsium dan menggalakkan pengurangan berat badan.
5. Minum Green Tea. Ini kita dah pernah bincang sebelum ini.. memang baik untuk kesihatan. Selebriti ternama pun minum juga nak jaga badan.
6. Makan sup. Pun kita dah bincang sebelum ini, jangan pulak sup gearbox yang pekat-pekat tu. Kajian Univ Penn State, makan sup ringan boleh mengurangkan selera nak makan banyak.
7. Yogurt rendah lemak. Obesity research mendapati bukan sahaja sedap dan berbagai rasa, juga sihat dan menggalakkan penguraian najis dalam perut supaya dicernakan dengan baik. Elakkan keracunan makanan.
8. Buah epal dan pear. Baik untuk mengganti gula dalam badan dan berserat tinggi. Kenyang lebih lama.
9. Makan lada. Ladal Univ (nama pun macam Lada :) mendapati lada boleh menghasilkan hormon yang menggalakkan metabolisma badan kerana kepedasan.
10. Air kosong. Dah pedas minumlah air kosong. Penyelidik Jerman mendapati air memudahkan penghadaman dan pengaliran dalam badan, serta mengenyangkan.
Semoga tips di atas memecah kebuntuan anda apa nak dijadikan makanan gantian yang sihat. Ceria selalu..

16 Oktober 2009

Tekanan darah dan Cholesterol

Salam dan Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua. Tahniah atas semua kejayaan yang telah dilalui.
Kali ini kita akan 'ulangkaji' topik lama kata orang tu... tapi dirasakan tetap dan masih relevan bagi kebanyakan orang, terutamanya selepas musim raya ni yang tak habis-habis dengan jamuan makan.... betul tak ? =)
Kita akan lihat semula perihal tekanan darah/ darah tinggi dan masalah cholesterol.

Macamana nak turunkan darah dan cholesterol ni...? Peningnya kepala...! Ya, memang ramai yang menghadapi masalah ini tetapi masih tidak menganggap ia masalah serius. Ada yang tak pernah pergi cek darah dan tak ambil peduli pun walaupun mengamalkan diet yang kurang sihat! Kita perlu tahu kajian telah menunjukkan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan serangan angin ahmar atau stroke, sakit jantung atau kegagalan buah pinggang. Terlalu banyak cholesterol pula boleh menyebabkan penyakit jantung dan juga stroke.
Mungkin kita tak dapat nak mengelak sepenuhnya dari penyakit tertentu atas sebab-sebab spt genetik, tetapi kita boleh cuba bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kesihatan (darah).
Berikut adalah tips utk menurunkan tekanan darah:
  1. Kurangkan makan makanan berlemak terutamanya lemak tepu;
  2. Kurangkan garam (sekadar 2300mg shj dlm semua makanan sehari);
  3. Banyakkan bergerak dan bersenam; dan
  4. Jangan merokok.
Tips untuk menurunkan cholesterol:
  1. Kurangkan makanan berlemak, sama ada lemak tepu, lemak trans dan bercholestrol tinggi;
  2. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan segar;
  3. Banyakkan makanan berserat tinggi, makanan tanpa lemak atau rendah lemak;
  4. Banyakkan asid lemak omega-3;
  5. Sedikit kekacang;
  6. Amat sedikit minyak sayuran spt canola, olive, sunflower, safflower oils;
  7. Amat sedikit mentega, susu penuh krim, santan, kuning telur, makanan diproses;
  8. Kerapkan masak secara memanggang atau bakar; dan
  9. Banyakkan bersenam.
Sebenarnya, tips di atas tidaklah begitu sukar untuk difahami dan diamalkan. Bagi yang sudi dan mampu, keadaan insyaAllah boleh diperbaiki dengan pengambilan Jamu Patawali++, Jamu Patawali tulen, Jamu Misai Kuching dan Jamu Pegaga. Yang penting kita berikhtiar, berusaha, berdoa dan tidak putus harap untuk memperbaiki keadaan. Ceria selalu...