07 Mei 2008

Cup Cup Cup Kejap ..... Pause !

Bertemu lagi kita, mudah-mudahan semuanya dapat kekal sihat dan sejahtera, berbekalkan ilmu, amalan dan doa.

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang beberapa orang yang berjaya dalam mengawal kehidupannya, sama ada mengatasi masalah kewangan, perhubungan, ataupun kesihatan diri. Orang yang mengidap diabetes atau kencing manis mudah merasa tertekan, terutamanya apabila lapar. Keadaan stress yang berterusan boleh pula membawa masalah lain seperti darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Oleh itu, mari kita berkongsi maklumat tentang "butang" Cup Cup Cup Kejap .... Pause !

Ya, sebenarnya masing-masing kita jika dalam keadaan tertekan atau bermasaalah sering terlupa akan butang tersebut (gambarkan macam yang ada pada stereo/vcd/dvd tu). Jika kita ambil nafas panjang dan bayangkan kononnya kita ada butang pause, lalu kita bayangkan kita tekan dia... insyaAllah sebenarnya kebanyakan masaalah atau keadaan itu bukan besar sangat, atau tidak boleh dielak, ataupun perlu dihadapi. Kata dalam hati berhenti kejap, aku nak fikir betul2 ni... apa sangatlah masaalah nya tu? mengucap, istighfar dan sebagainya. InsyaAllah hati akan jadi tenang. Sebenarnya dalam banyak perkara jika kita kata "BOLEH" dia jadi boleh, jika kita kata "TAK BOLEH" dia jadi tak boleh. Dua-dua boleh jadi. Oleh itu buatlah pilihan yang tepat.


Bukan Salahku

Hari Pertama
Aku menuruni jalan itu. Satu lubang besar menunggu. Aku terjatuh ke dalamnya. Aku kebingungan seketika. Tolong! Ini bukan salahku. Sukarnya bagiku mencari jalan keluar.

Hari Kedua
Aku menuruni jalan yang sama. Satu lubang besar menunggu. Aku buat tidak peduli. Aku terjatuh lagi ke dalamnya. Aku tak percaya boleh jatuh lagi ke dalamnya. Aku terdiam bingung. Tapi ini bukan salahku. Sukarnya bagiku mencari jalan keluar.

Hari Ketiga
Aku menuruni jalan yang sama. Satu lubang besar menunggu. Aku nampak. Tapi aku masih terjatuh ke dalamnya. Rupanya sudah menjadi tabiatku. Terbeliak biji mataku. Aku tahu di mana aku. Ini salahku sendiri. Aku keluar dengan segera.

Hari Keempat
Aku menuruni jalan yang sama. Satu lubang besar menunggu. Aku lalu dipinggirnya.

Hari Kelima
Aku melalui jalan lain.



Adaptasi dan terjemahan oleh Shairi Surya
daripada “There’s a hole in my sidewalk: The romance of self-discovery” by Portia Nelson