02 Oktober 2008

Gula Naik Raya Nie…!?

Sukacita saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua setelah kita bersungguh-sungguh berpuasa selama sebulan Ramadhan. Saya pohon ribuan kemaafan atas silap dan salah yang sengaja mahupun tak sengaja.

Dalam musim raya ni biasanya ramai yang “lepas pantang” kata orang, maklumlah semuanya sedap-sedap dan cantik-cantik belaka untuk dijamu. Maka sehari dua atau seminggu selepas tu akan kedengaran kembali rungutan pasal gula naik. Haa…. Harga gula naik lagi? Tak tahulah, tapi bukan itu, tapi yang dimaksudkan ialah aras gula dalam darah bagi yang ada diabetes atau kencing manis.

Aras gula sebenarnya ialah kandungan glukos dalam darah. Biasanya yang normal ialah antara 4 hingga 8 mmol/L. Biasanya tinggi sikit lepas makan dan rendah sikit waktu pagi. Cuma bagi yang ada diabetes aras gula akan lebih mudah terkeluar dari julat normal sehinggalah dirawat.

Kenapa nak kawal aras gula?...
Apabila aras gula amat tinggi selama bertahun-tahun, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa saluran kecil darah. Jika tidak dikawal atau dirawat juga kemungkinan pula ini akan membentuk komplikasi diabetes peringkat tinggi seperti:
  • Kerosakan mata – boleh akhirnya menyebabkan mata menjadi buta. Retinopathy adalah punca utama kerosakan mata di UK misalnya. Salur kecil darah retina pada belakang mata mula bocor dan kemudiannya tersumbat. Retina akan kekurangan oksigen dan membentuk salur kecil darah baru yang tidak normal.
  • Kerosakan buah pinggang – boleh akhirnya menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Korosakan mungkin berlaku perlahan-lahan dan tak disedari dalam tempoh lebih-kurang setahun selepas Type 1 diabetes. Kesannya akan lebih ketara selepas jangkamasa 5 hingga 10 tahun dan kepada mereka yang ada Type 2 diabetes.

Kajian menyatakan bagi Type 2 diabetes, orang-orang Asia adalah 2 kali ganda lebih terdedah kepada kerosakan buah pinggang akibat diabetes. Pesakit Type 2 diabetes lebih terdedah kerana mereka biasanya sudah mengidap lama sebelum mengetahui atau diabetes mereka dikesan.

Marilah kita sama-sama berdoa dan bersederhana dalam berbelanja dan menjamu selera kerana itulah sebenarnya antara kebijaksanaan yang perlu ada pada kita yang membezakan kita daripada cara hidup dan pemakanan haiwan. Membiarkan aras gula tanpa kawalan dan darah tinggi yang berterusan perlulah menjadi hal utama yang perlu dielakkan bagi mereka yang mahu sihat dan mengelakkan daripada mengalami kerosakan mata dan buah pinggang tadi.

Jamu Patawali tulen dan Patawali++ Alhamdulillah telah dapat membantu beberapa kenalan, rakan dan pelanggan mengawal aras gula dalam darah dan tekanan darah tinggi mereka. Kepada yang belum mencuba silalah, jika ada rezeki lambat-laun saudara pun tidak perlu makan terlalu banyak ubat-ubatan. Semoga maklumat ini ada munafaatnya dan semoga bergembira bersama sanak-saudara di bulan yang mulia ini.

Minal ‘aidil wafaiziin. Ceria selalu….