Salam sejahtera kepada semua. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan, teguran dan pembelian daripada saudara-saudari semua, serta mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Semoga dengan melalui sebulan Ramadhan ini, kita telah lebih memahami bahawa makan minum itu bukanlah segala-galanya, bahkan ianya boleh dikawal dan dikurangkan.
Sedikit pesanan dari saya apabila berhadapan dengan pelbagai jenis juadah dan jamuan raya ini, tarik nafas dan berfikir dengan waras. Perlukah makan semuanya dengan banyak ataupun sekadar merasa dan menjaga hati sahaja...? Ianya memang diakui sukar.
Namun jika kita bersungguh hendak menurunkan berat badan, walaupun kita rajin bersenam, tanpa mengelakkan pemakanan berkhasiat tinggi atau makan dengan banyak, ianya agak kurang munasabah. Menguruskan badan berkaitan dengan mengurangkan kalori dari pemakanan. Cara mengurangkan kalori secara menjaga dan memilih makanan adalah lebih efektif dan berkesan daripada bersenam sahaja. Apatah lagi bila lepas berjoging pergi pekena teh tarik dan roti telur misalnya.
Fikir-fikirkanlah. Ceria selalu..