03 Februari 2011

Yang mana lagi penting?

Salam sejahtera! Apa khabar semua di Tahun 2011 ini? Semoga sihat-sihat sahaja. Pernah ada antara kita yang risau kedai tutup waktu musim perayaan. Ingatkan nak beli apa, rupanya penapis air atau water filter. Memanglah ramai yang gunakannya kat rumah kerana penting air minum bersih bertapis. Tapi tahukah kita dalam badan kita juga Tuhan dah sediakan penapis semulajadi sejak dari bayi lagi? Apa dia tu...? Yaa, buah pinggang kita.

Buah pinggang amat penting untuk menapis dan membersihkan darah (bukan air tau!) dalam tubuh. Letaknya di kiri dan kanan badan bawah rusuk kita. Antara masaalah kesihatan berkaitan buah pinggang ialah jangkitan salur kencing, batu karang, kencing tak lawas dan kerosakan buah pinggang.

Tahukah anda tekanan darah tinggi juga boleh dijadikan amaran tanda-tanda masaalah buah pinggang? Banyak sangat minum air gas, kopi, kefein, garam dan alkohol boleh menyesakkan buah pinggang seseorang. Sengal belakang di bahagian bawah boleh disebabkan oleh buah pinggang kita kekurangan air.

Yang ramai tak tahu ialah batu karang terjadi bukan sebab banyak sangat makan sumber kalsium tapi sebaliknya. Tubuh yang kurang kalsium akan mengambil kalsium yang kurang dari tulang.

Jom jaga buah pinggang kita dengan:
1. Minum air kosong bersih banyak-banyak
2. Minum juga air mineral
3. Makan makanan yang segar, organik dan tak berkanji
4. Bersenam cergas dan regangan badan 3 kali seminggu
5. Makan makanan kesihatan seperti Jamu Patawali++ setiap hari =)
6. Cari cahaya matahari sekurangnya 15 minit sehari
7. Rehat dan tidur kena mencukupi
8. Jauhi benda toksin, kimia dan sepertinya
9. Buat baik dengan masyarakat
10. Cari kegembiraan
11. Beramal dan beribadat
12. BUAT sebab kalau list panjang-panjang pun tak buat tak guna ya tak..? =)

Jadi..., penapis air penting, buah pinggang penting, melakukan perkara di atas itu juga penting! Semoga berjaya mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat. Ceria selalu..

16 November 2010

Berkorban untuk kekal sihat

Salam sejahtera dan apa khabar semua? Bertemu kita sekali lagi, mudah-mudahan kita semua sentiasa diberi kesihatan dan kesejahteraan.

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban untuk semua muslimin dan muslimat.

Hidup di dunia ini penuh dengan pengorbanan sebenarnya. Ramai yang telah menyedari bahawa bersenam atau exercise itu amat baik untuk kesihatan badan dan mental. Namun begitu, masih ramai yang tidak merasakan exercise itu juga penting untuk golongan berusia (bukan untuk orang muda sahaja). Kajian ada menunjukkan semua golongan umur akan mendapat munafaat daripada senaman dan aktiviti fizikal.

Walaupun senaman dan aktiviti fizikal adalah antara perkara yang paling sihat untuk dilakukan, ramai golongan berusia dan terutamanya warga emas amat benci melakukannya. Ada juga yang takut akan terlebih buat lalu mudarat atau cedera.

Bersenam dengan cara yang betul adalah selamat untuk semua lapisan usia. Golongan berusia akan rugi dan lebih mudarat jika tidak bersenam daripada bersenam. Jika tidak dapat lakukan gerakan khas yang dinamakan senaman, bergerak atau melakukan kerja dengan cepat dan cergas juga amat baik. Ketahuilah bahawa dengan memilih cara hidup yang tidak cergas, golongan berusia akan mula kehilangan minat, sentuhan dan kelebihan yang penting dalam hidup, iaitu, kekuatan(strength), keseimbangan(balance), keboleh-lenturan(flexibility) dan ketahanan(endurance).

Berita baik untuk semua,… masih belum terlewat untuk memilih jalan hidup sihat. Menjadi semakin berusia tidak bermakna kita mesti menjadi lemah atau pincang. Senaman dan bergerak cergas akan membantu kita menjadi lebih gembira dan dapat menikmati sisa-sisa usia kita dalam keadaan yang paling baik. Oleh itu janganlah menyangka semuanya sudah terlewat untuk berbuat sesuatu. Mulakan langkah pertama itu! Ceria selalu..

08 September 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA - EID MUBARAK









Salam sejahtera kepada semua. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan, teguran dan pembelian daripada saudara-saudari semua, serta mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Semoga dengan melalui sebulan Ramadhan ini, kita telah lebih memahami bahawa makan minum itu bukanlah segala-galanya, bahkan ianya boleh dikawal dan dikurangkan.
Sedikit pesanan dari saya apabila berhadapan dengan pelbagai jenis juadah dan jamuan raya ini, tarik nafas dan berfikir dengan waras. Perlukah makan semuanya dengan banyak ataupun sekadar merasa dan menjaga hati sahaja...? Ianya memang diakui sukar.
Namun jika kita bersungguh hendak menurunkan berat badan, walaupun kita rajin bersenam, tanpa mengelakkan pemakanan berkhasiat tinggi atau makan dengan banyak, ianya agak kurang munasabah. Menguruskan badan berkaitan dengan mengurangkan kalori dari pemakanan. Cara mengurangkan kalori secara menjaga dan memilih makanan adalah lebih efektif dan berkesan daripada bersenam sahaja. Apatah lagi bila lepas berjoging pergi pekena teh tarik dan roti telur misalnya.
Fikir-fikirkanlah. Ceria selalu..

10 Ogos 2010

RAMADHAN MUBARAK !







Salam sejahtera. Bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh orang Islam yang beriman kini muncul kembali. Alhamdulillah... jangan lepaskan peluang ini untuk beramal ibadat.



Bagi mereka yang kurang sihat kerana diabetes/ kencing manis, boleh baca petikan ini:


Cubalah sedaya upaya untuk tidak melepaskan peluang berpuasa. Semoga segala dosa kita diampunkan dan amalan kita diterima Allah s.w.t. di bulan penuh berkat ini. Ceria selalu..

19 Julai 2010

Serat boleh elakkan serabut...

Salam sejahtera. Dalam kehidupan hari ini yang segala-galanya bergerak dan beredar begitu pantas, keadaan akan tenang jika segalanya mengikut rutin harian. Apabila ada sahaja yang tidak mengikut apa yang sepatutnya dalam kadar yang besar, mulalah keadaan menjadi serabut! Begitu jugalah keadaan dalam tubuh badan manusia.
Serat amat diperlukan oleh tubuh manusia. Tak kira sama ada serat tersebut alam keadaan asli (spt dalam buah-buahan segar) atau pun dalam bentuk supplement, serat membantu tubuh mengekalkan sistem kardiovaskular yang sihat secara menggerakkan sistem penyucian semula jadi tubuh. Kajian mendapati serat meningkatkan penghasilan kolesterol "baik" HDL dan menolak kolesterol "jahat" LDL keluar dari salur darah. Ini mengelak dari terjadinya mendapan dalam salur darah yang dipanggil plaque.
Serat juga didapati membantu menurunkan tekanan darah (darah tinggi), menurunkan kandungan kolesterol, mengurangkan bengkak, dan mengelakkan salur darah menjadi keras. Yang bagusnya lagi, serat membantu mengawal kandungan gula dalam darah, yang boleh mengurangkan risiko terkena sakit kencing manis atau diabetes type-2. Selain itu, serat juga membantu dalam mengurangkan berat badan dan mengelakkan dan mengurangkan risiko barah colorectal, barah intestin dan barah gastrointesin.
Banyak mana nak makan serat? Kata pakar... lebih kurang 38 gram sahaja sehari. Dan kata pakar juga.... jangan lupa MINUM BANYAK AIR untuk mengelakkan sembelit.
Jadi, jangan lupa amalkan makan serat untuk elak diri dari jadi serabut. Ceria selalu..

10 Jun 2010

Aspartame ganti Gula?

Salam sejahtera. Ramai antara kita yang telah mula menyedari bahaya memakan makanan yang berkhasiat terlalu tinggi dan manis. Sama ada tujuan untuk berdiet, menjaga kesihatan atau mengelak daripada penyakit diabetes/ kencing manis, mereka mula sedar dan menjinakkan diri dengan istilah kurang manis atau kurang gula. Ini adalah amalan yang baik.
Namun pihak pengeluar produk makanan juga menyedari hakikat ramai yang "takut" pada gula, tetapi TIDAK BERJAYA untuk mengelakkan makanan daripada rasa manis kerana makanan yang tiada rasa manis biasanya sukar nak rasa sedap. Oleh kerana nak kekalkan kemanisan makanan tetapi nak elakkan gula, maka BAHAN KIMIA mula diadun dan dicipta agar dapat melahirkan rasa manis seperti gula. Lalu mereka mula menonjolkan produk makanan dan jajan gempak dengan kenyataan spt "SUGAR FREE" atau "NO SUGAR ADDED" atau "TIDAK MENGAKIBATKAN KEROSAKAN GIGI" dll.
Kita ambil satu contoh, pengganti gula yang biasa ditemui ialah aspartame.... dan jenama popularnya banyak yang dikatakan mengganti gula dan TIDAK BAHAYA serta baik untuk diet. Ia digunakan dalam lebihkurang 6000 jenis produk makanan.
Malang sekali kajian menyatakan aspartame lebih membawa penyakit seperti kegemukan, barah, diabetes/ kencing manis, dll. Aspartame atau E951 setelah terurai dalam badan akan menjadi
1. Methanol sejenis alkohol dan kemudian terurai menjadi formaldehid (sejenis racun).
2. Mengurangkan serotonin dalam otak yang membawa kepada kemurungan dan selera makan yang meningkat.
3. Asid Aspartic iaitu adik-beradik kepada MSG (monosodium glutamate).
Dikatakan lebih 80% aduan kepada Pengurusaan Makan dan Ubatan Amerika (FDA) adalah berkenaan aspartame.
Oleh itu, walaupun niat baik nak diet dan sihat dengan mengelak memakan gula, matlamat tak menghalalkan cara. Elakkan pemanis kimia. Bagaimana nak ganti.... rujuk arkib blog ini yang lama dulu, iaitu, ganti dengan buah-buahan sebagai pemanis.
Itu sebab orang Melayu patut suka dengan istilah "Manis-manis buah", sedangkan ramai yang kata demikian bermakna "Tak Cukup Manis Lagi". Ceria selalu..

04 Jun 2010

Petikan Akhbar Sempena Hari Hypertension Sedunia

Salam sejahtera. Sempena Hari Hipertensi sedunia, berikut laporan media yang diperolehi. Antara lain isinya ialah tentang masalah yang terus berkekalan. Tak banyak yang berubah. Namun amalan mengambil ubatan tradisional atau ubatan alternatif adalah dibolehkan.
Oleh itu, cuba-cuba Jamu Patawali++ dan Jamu lain seperti Hempedu Bumi dan Pegaga untuk mengawal kesihatan secara yang lebih semula jadi dan masih selamat. Syaratnya kena beri kerjasama seperti jaga makan, bersenam dan selalu cek dengan doktor. Ceria selalu..
Sila klik untuk lihat laporan dalam pdf.