04 Jun 2010

Petikan Akhbar Sempena Hari Hypertension Sedunia

Salam sejahtera. Sempena Hari Hipertensi sedunia, berikut laporan media yang diperolehi. Antara lain isinya ialah tentang masalah yang terus berkekalan. Tak banyak yang berubah. Namun amalan mengambil ubatan tradisional atau ubatan alternatif adalah dibolehkan.
Oleh itu, cuba-cuba Jamu Patawali++ dan Jamu lain seperti Hempedu Bumi dan Pegaga untuk mengawal kesihatan secara yang lebih semula jadi dan masih selamat. Syaratnya kena beri kerjasama seperti jaga makan, bersenam dan selalu cek dengan doktor. Ceria selalu..
Sila klik untuk lihat laporan dalam pdf.





25 April 2010

Memahami Diabetes, Gula dalam darah dan Risikonya


Salam sejahtera kepada semua. Apa kata kita imbas kembali perihal sakit kencing manis atau diabetes dan aras gula dalam darah. Ya... apakah dia gula dalam darah tu? Kenapa kita kata kencing manis dan bukan darah manis? Darah manis tu orang sedang bertunang... benda baik... tapi kencing manis tak baik. Orang mula sedar bila air kencingnya mula dihurungi semut.
Namun gula sebenarnya dalam darah. Atau Aras Glukos Plasma dibaca millimoles per litre (mmol/L). Misalnya julat biasa ialah 4 to 8 mmol/L. Bacaan itu akan terjejas atau berubah selepas makan dan juga diwaktu awal pagi. Bagi yang ada diabetes, bacaan terkeluar dari julat akan kerap terjadi.
Kajian baru ada menunjukkan amaran tentang mereka yang gemuk (berperut besar) kerana rembesan hormon yang tidak disedari. Mereka ini didapati merembeskan oestrogen dan bahan kimia berlebihan dalam perut yang boleh menyebabkan risiko besar seperti kanser, sakit jantung dan diabetes type-2 (rujukan: Diabetes UK, Cancer Research UK and the British Heart Foundation). Merujuk kpd Dr Victoria King (Diabetes UK), "Malang sekali tiada penyelesaian yang cepat dan mudah menghindari diabetes type-2. Amalan makanan sihat dan aktiviti fizikal adalah usaha pencegah terbaik setakat ini."
Secara umumnya jangan biarkan ukurlilit saiz pinggang/perut kita mencecah 100 cm. Oleh itu, mungkin membeli tape pengukur untuk perut dan kasut jogging adalah langkah permulaan yang baik lagi bijak. Ceria selalu...

24 Mac 2010

Tekanan darah... mari jenguk semula

Salam sejahtera.... Lama dah kita tak cerita pasal tekanan darah atau darah tinggi, sedangkan perkara ini amat penting bagi kita dan ramai juga yang mengalami masalah ini.
Jantung berdenyut setiap hari. Tak ada rehat walau seminit. Tugasnya sebagai pam yang mengepam darah ke otot dan organ tubuh melalui salur darah atau arteri. Pam bekerja dengan menggunakan tekanan. Jika tekanan bertambah tinggi, beban mula berlaku pada salur darah dan jantung. Sebab itulah ada kes salur darah pecah dan jantung berhenti berdenyut kerana terlalu terbeban.
Dengan arti kata lain, tekanan darah bergantung kepada:
-berapa kuat jantung perlu mengepam darah ke seluruh tubuh
-berapa sendat/ketat atau lapang salur darah kita
Tekanan yang lebih sedikit daripada biasa dipanggil hypertension... statistik menunjukkan ada negara yang penduduknya 1/5 mengalami hypertension. Cubalah kita kekalkan bacaan tekanan kepada 120/80 mmHg.
Kenapa kita perlu memantau (monitor) tekanan darah dengan kerap? Sebabnya tekanan darah tinggi tidak berapa menunjukkan simptom apa-apa. Jika sudah agak tinggi barulah boleh timbul masalah seperti:
-sakit kepala
-sering mengantuk
-keliru
-pengsan/koma
Oleh itu pantau tekanan darah selalu (beli alat sendiri lebih baik), kawal pemakanan, dan ambil supplement Jamu Patawali++ agar tidak menimbulkan komplikasi angin ahmar dan sakit jantung. Jumpa lagi, ceria selalu..

24 Februari 2010

Mari Berselawat atas Junjungan

Selamat menyambut Maulidur Rasul Jumaat ini. Pada hari yang mulia tersebut eloklah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. InsyaAllah hidup kita akan lebih sejahtera sebab Allah dan Malaikat juga turut berselawat ke atas Rasul. Ceria selalu...



Maklumat Produk Terkini

Salam sejahtera. Apa khabar semua? Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat dengan mengamalkan cara yang betul untuk kekal sihat dan bukannya cara yang nampak sihat tapi tak sihat.... =)
Di sini saya sertakan lampiran fail dan gambar (grafik) untuk berkongsi maklumat terkini tentang produk terbaru. Jika sdra/i berminat untuk mencuba atau menjadi pengedar bolehlah menghubungi saya. Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya dan mendapat berkat, insyaAllah. Ceria selalu...

Sila klik untuk besarkan:


Hempedu bumi tulen
Pegaga
Pendekar
Puteri Ayu
Suri Anggun
Set Bersalin Ummi

23 Disember 2009

Sebelum azam baru lagi....

Salam sejahtera. Kepada semua muslimin muslimat Selamat Tahun Baru Hijrah. Namun pasti di sana ada yang menunggu tahun baru 2010. Dan spt biasa ramailah yang akan berazam baru termasuklah tentang nak berdiet, fit, kurus, biggest loser dsbgnya =)
Itu tak mengapa, cuma selalunya ramai juga yang ambil cuti akhir tahun sempena anak-anak masih cuti sekolah hinggalah menjelang tahun baru 2010. Dan diwaktu cuti sebegini jugalah ramai yang terlupa atau terabaikan tentang penjagaan makanan dan kesihatan. Apa kata mereka?
Kata mereka:
1. Naik sikit jer, orang lain pun naik jugak... so oklah: Menurut kajian kita boleh bertambah berat di musim cuti sebanyak 1/2 - 1kg dengan mudah. Memang naik itu sikit, tapi biasanya ia tak akan turun dgn mudah. Sebab nanti dimusim lain (raya misalnya akan naik lagi sikit)... sikit-sikit, lama-lama... baju jadi XXXXL.
2. Cuti diet sekejap, nanti Januari diet semula: Jangan, sebab tak mungkin kita boleh kekal dengan tahap berat yang sama jika kita tak jaga makan (cuti diet). Sel-sel lemak badan kita sentiasa dahagakan kalori dan akan kembang bila-bila masa sahaja.
3. Makan dulu, nanti puasalah: Puasa untuk beribadat tak mengapa dan digalakkan, tapi puasa untuk diet tak galakkan dan tak pasti berkesan. Badan kita bijak dan berlapar bukanlah cara yg terbaik untuk mengurangkan berat badan.
4. Dah pergi jamuan orang kenalah makan: Ya dan Tidak. Ya utk perlunya memenuhi jemputan tetapi masih boleh berkata No/Tidak secara kreatif untuk mengelak makanan tertentu.
5. Makan sedap ini tradisi turun temurun: Tak mengapa jika sihat dan baik, jika tidak, mengapa kita nak perturunkan kepada anak-cucu kita yang akan datang. Alangkah baiknya jika dapat diubahsuai menjadi sihat tapi masih sedap menyelerakan ... mmmm
Ceria selalu...

31 Oktober 2009

Dari Pagi ke Petang

Salam sejahtera semua. Berikut ada lagi panduan tambahan tentang pengambilan makanan.... Panduan pagi hingga petang agar tidaklah kita membuat kesilapan BESAR dalam berdiet:
Pagi - Janganlah sekali-kali sarapan dengan donut. Memanglah senang sarapan makan donut. Untuk anak-anak digemari, untuk mak bapak padan dengan kopi.... Tapi, donut amatlah tinggi kandungan lemak dan kalori. Kandungan nutrition lain pun hampir tak ada.Tengahari - Janganlah selalu sangat makan ayam goreng. Pilihlah yang dibakar, bahagian dada tanpa kulit. Itu boleh kurangkan kita 17 gram lemak dan 200 kalori. Bestnya!
Petang - Jangan suka sangat makan coklat... senang-senang boleh kumpul 280 kalori dan 14 gram lemak (trans fat). Makan kacang lagi baik.
Malam - Malas nak masak, terus singgah value meal. Hari-hari pulak tu.... Ya lah jimat masa dan jimat "duit" kononnya. Sedangkan sebenarnya makanan segera sebegini senang-senang boleh memberi kita lebih 1000 kalori dan 50 gram lemak sekali makan! Memanglah kita yang cari pasal.
Kalau kita betul-betul nak elakkan masalah kesihatan seperti diabetes/ kencing manis dan darah tinggi, jadikanlah panduan di atas untuk mengelakkan kita terus terjerumus dalam corak pemakanan moden yang "bahaya" itu. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat. Tak semestinya tak sedap kan? Ceria selalu..