Jamu harian Melayu kapsul segar patawali++. Cegah & kawal diabetes/kencing manis dan darah tinggi. Anda bertambah sihat!
24 Jun 2009
Masalah O B C T
Kajian oleh saintis Australia menunjukkan hampir semua American yang bertambah berat badan dalam tempoh empat dekad lalu hanyalah akibat terlebih makan. Kajian ini menolak spekulasi sebelum itu yang menyatakan masalah kegemukan mereka adalah akibat kurang bersenam dan banyak jajan baru berkalori tinggi di pasaran. Yaa.... bukan sebab tak exercise, tapi terlebih makan !
Begitulah kadang-kadang masalah yang dirasakan kompleks atau besar mempunyai jawapan yang agak mudah atau simple sahaja. Tidak ramai yang mampu bersenam 50 minit sehari setiap hari. Oleh itu baiklah lagi kurangkan makan dan pengambilan makanan berkalori tinggi. Semoga dapat kita amalkan. Ceria selalu...
02 April 2009
Sume nak jadi Sumo?
Salam sejahtera buat semua! Hmm... sejak ada cerita Sumolah, saya rasa ramai yang tak merasa pelik melihat gambar kecil di sebelah tu.Walaupun gambar tu kecil je, sebenarnya ahli Sumo itu amatlah besar dan kuat orangnya. Sewaktu mereka berlanggar, bagaikan trak yang berlanggar. Mereka itu amat kuat, tetapi mereka juga pakar mengumpul LEMAK BADAN. Ya, mereka mahukan kegemukan yang melampau! Pelik tetapi benar, inilah satu-satunya atlet yang mahukan gemuk.
Bagaimanakah mereka berjuang untuk mendapatkan kegemukan yang melampau itu? Inilah yang kita akan berkongsi kali ini:
1. Setiap hari mereka mengelak dari makan sarapan. No breakfast.
2. Mereka akan bersenam dengan perut kosong.
3. Mereka bersenam dalam masa yang lama 2 - 5 jam sehari.
4. Mereka makan hanya 1-2 hidangan yang besar setiap hari. Tiada snek ringan lapik perut.
5. Mereka makan banyak karbohidrat tinggi dengan daging.
6. Mereka tak makan apa-apa lemak pun.
7. Mereka makan makanan berkalori amat tinggi.
8. Mereka minum beer sambil makan.
9. Mereka terus pergi tidur sebaik selepas makan (siang dalam 3 jam tidur).
Inilah antara amalan mereka yang jelas diamalkan berkurun-kurun lamanya. Apa hasilnya? Ialah seorang ahli Sumo dengan lemak badan melebihi 50%.
Jadi apa kita nak buat? Kita dah tahu, jika nak gemuk macam ahli Sumo kena buat macam itu, oleh yang demikian nak jadi biasa dan sihat kenalah buat yang sebaliknya. Kalau tidak... Sumolah! Jumpa lagi, ceria selalu...
02 Mac 2009
Sikit-sikit boleh elak penyakit
Nak kurangkan berat badan ni tidak ada magicnya. Oprah Winfrey selalu sebut dalam talk shownya, jikalah ada magic pil tersebut, sudah tentu dialah orang pertama yang membeli dan mencubanya.
Apakata kita cuba ubah sikit-sikit perkara yang rasa mampu dibuat, iaitu antaranya:
1. Kurangkan minum air gas dalam tin (soda). Menurut kajian, siapa yang biasa minum soda lebih kurang 10 tin seminggu jika meninggalkan amalan itu, boleh turunkan berat badan sehingga lebih 1kg sebulan free-free jer! Sebab 1 tin soda 12oz. boleh mengandungi 150-170 kalori, tanpa apa-apa kandungan nutrisi berfaedah.
2. Jika kita jalan kaki pada jarak 15minit ke mana-mana, dibuat 2kali sehari boleh turun lagi 1/2 kg berat.
3. Ambil saiz yang kecil (small) berbanding yang besar (large) jika order apa-apa dari restoran makanan segera. Contohnya burger besar dengan keju mengandungi 770 kalori, sedangkan yang saiz kecil 440 kalori. Banyak tuu! Biasanya kalori dapat dikurangkan jika tiada keju dan mayonnaise.
4. Sensitif sewaktu membeli barangan untuk sarapan pagi dll. Misalnya, cari yang kurang gula untuk sarapan jenis segera seperti cereal. Untuk pemanis, cari buah-buahan yang boleh menambah kemanisan secara terkawal. Buah tamar atau kismis misalnya. Pilih juga susu tanpa lemak, mentega dan mayonnaise rendah lemak dll. Kajian menunjukkan menukar kepada kandungan rendah boleh menurunkan antara 1/4 - 1kg sebulan.
5. Jadikan usaha kita yang baik-baik sebagai cara hidup atau lifestyle(habit) yang berkekalan, bukan perkara yang sementara. Barulah akan berkesan.
Jom ajak pasangan atau keluarga anda sama-sama buat. Biar bulat manusia kerana muafakat, bukan kerana makan =) Ceria selalu...
13 Februari 2009
Rejuvenate = Awet muda !
Sebenarnya, rejuvenate memang ada kaitan pun dengan sambutan tahun baru. Kenapa? Ya, masa itulah ramai yang nak buat azam baru. Azam "baru" itu kalau kita amat-amati .... bukan ke azam "semula" yang banyak.... yang betul2 baru mungkin sikit shj, betul tak?
Jadi, kalau azam kena rejuvenate, apa salahnya kita rejuvenate sikit penjagaan tubuh agar nampak lebih sihat = segar = muda (drp yg sepatutnya lah :)
Ok ini tips drp pakar2:
1. Minum terus dari gelas atau cawan. Menyedut guna straw akan lebih menimbulkan kedutan di sekeliling bibir & mulut. Kalau sedut rokok lagilah.....
2. Makan lemak. Ya... ada lemak yang perlu dimakan utk kesihatan kulit spt Omega-3 & Omega-6 yang mengandungi fatty-acids. Contoh, flaxseeds, ikan salmon, primrose oil.
3. Pakai krim tangan. Sebab tangan kita selalu menceritakan umur sebenar.... Muka, leher, rambut selalu dijaga, tapi tangan... jangan sampai kena pakai sarung tangan! Contoh, tangan selalu terjemur pada steering masa memandu kenderaan.
4. Kurang mayonaise pada sandwich, tapi apply pada rambut. Ya... biarkan 45 minit sebelum shampoo dan bilas.
5. Lepas shampoo, perah jus lemon pada rambut.... biar 2-3 min. Kemudian apply conditioner.
6. Jangan lupa kelembapan leher ketika menjaga muka. Kulit leher nipis dan mudah berkedut. Urut perlahan2 ke arah dagu.
7. Jaga posture badan. Jangan amal posisi kendur membongkok, tapi tegak seperti pasukan beruniform.
Rasanya cukup setakat itu, azam "semula" tak mengapa, asalkan niatnya baik dan berfaedah. Ceria selalu...
11 Disember 2008
04 Disember 2008
Siapa susah nak makan sayur?
Sayur-sayuran selalu menjadi faktor utama yang menyumbang kepada diet yang sihat. Kita di Malaysia ini walaupun mempunyai banyak jenis sayuran untuk dimakan, kekurangan idea atau kreativiti sering menyebabkan makan sayur jadi jemu. Kalau orang dewasa masih lagi boleh disuap dengan ulam-ulam, tapi bagi kanak-kanak memang lebih sukar.
Khasiat dalam sayur amatlah banyak dan tidak sepatutnya diabaikan. Yang pentingnya kita kreatif, iaitu tahu nak masak apa. Sebagai contoh saya sediakan satu resipi sarapan di bawah ini yang melibatkan sayur dan protein untuk kita sama-sama cuba, ok.
RESEPI SCRAMBLE EGG DAUNAN RIMBUN
Telur putih dpd 4 biji telur
1 oz. fat-free mozzarella cheese
bawang besar dihiris
cendawan segar dihiris
sayur bayam dihiris
1/4 sudu teh serbuk buah pala atau nutmeg
1/3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
(boleh tambah sayur lain atau lada jika suka)
Jangan lupa basuh bayam dulu. Pukul putih telur, masukkan cheese, bawang dan cendawan yang telah dihiris. Panaskan kuali tak-lekat dengan minyak zaitun dan tumis bayam dengan api sederhana. Taburkan sedikit serbuk nutmeg dan angkat. Buat scramble egg dengan putih telur tadi dan letakkan di atas sayur bayam tadi bila selesai.
Resepi ini termasuk dalam kategori kurang garam dan rendah kolesterol. Fiber dapat, protein pun ada. Minyaknya sihat. Apa lagi cubalah! Ceria selalu...
02 Oktober 2008
Gula Naik Raya Nie…!?
Dalam musim raya ni biasanya ramai yang “lepas pantang” kata orang, maklumlah semuanya sedap-sedap dan cantik-cantik belaka untuk dijamu. Maka sehari dua atau seminggu selepas tu akan kedengaran kembali rungutan pasal gula naik. Haa…. Harga gula naik lagi? Tak tahulah, tapi bukan itu, tapi yang dimaksudkan ialah aras gula dalam darah bagi yang ada diabetes atau kencing manis.
Aras gula sebenarnya ialah kandungan glukos dalam darah. Biasanya yang normal ialah antara 4 hingga 8 mmol/L. Biasanya tinggi sikit lepas makan dan rendah sikit waktu pagi. Cuma bagi yang ada diabetes aras gula akan lebih mudah terkeluar dari julat normal sehinggalah dirawat.
Kenapa nak kawal aras gula?...
Apabila aras gula amat tinggi selama bertahun-tahun, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa saluran kecil darah. Jika tidak dikawal atau dirawat juga kemungkinan pula ini akan membentuk komplikasi diabetes peringkat tinggi seperti:
- Kerosakan mata – boleh akhirnya menyebabkan mata menjadi buta. Retinopathy adalah punca utama kerosakan mata di UK misalnya. Salur kecil darah retina pada belakang mata mula bocor dan kemudiannya tersumbat. Retina akan kekurangan oksigen dan membentuk salur kecil darah baru yang tidak normal.
- Kerosakan buah pinggang – boleh akhirnya menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Korosakan mungkin berlaku perlahan-lahan dan tak disedari dalam tempoh lebih-kurang setahun selepas Type 1 diabetes. Kesannya akan lebih ketara selepas jangkamasa 5 hingga 10 tahun dan kepada mereka yang ada Type 2 diabetes.
Kajian menyatakan bagi Type 2 diabetes, orang-orang Asia adalah 2 kali ganda lebih terdedah kepada kerosakan buah pinggang akibat diabetes. Pesakit Type 2 diabetes lebih terdedah kerana mereka biasanya sudah mengidap lama sebelum mengetahui atau diabetes mereka dikesan.
Marilah kita sama-sama berdoa dan bersederhana dalam berbelanja dan menjamu selera kerana itulah sebenarnya antara kebijaksanaan yang perlu ada pada kita yang membezakan kita daripada cara hidup dan pemakanan haiwan. Membiarkan aras gula tanpa kawalan dan darah tinggi yang berterusan perlulah menjadi hal utama yang perlu dielakkan bagi mereka yang mahu sihat dan mengelakkan daripada mengalami kerosakan mata dan buah pinggang tadi.
Jamu Patawali tulen dan Patawali++ Alhamdulillah telah dapat membantu beberapa kenalan, rakan dan pelanggan mengawal aras gula dalam darah dan tekanan darah tinggi mereka. Kepada yang belum mencuba silalah, jika ada rezeki lambat-laun saudara pun tidak perlu makan terlalu banyak ubat-ubatan. Semoga maklumat ini ada munafaatnya dan semoga bergembira bersama sanak-saudara di bulan yang mulia ini.
Minal ‘aidil wafaiziin. Ceria selalu….





