18 Mac 2008

Bagaimana nak perut kempis tanpa senaman?...

Bertemu lagi semua ...
Ya tajuk tu betul, tak silap. Selamat sejahtera pada semua yang sudi untuk terus memberi sokongan samada dengan membeli jamu patawali++ ataupun berkunjung ke laman ini. Mudah-mudahan saudara/i telah dapat menikmati atau mengesan kelebihan atau munafaat dalam mengambil jamu patawali++ dalam merawat atau mengawal diabetes/ kencing manis dan darah tinggi ataupun menambah kesegaran badan, dengan izin Allah.

Kali ini saya nak berkongsi tip untuk mengempiskan perut tanpa senaman. Kempis tak sama dengan kurus, sebab kempis maknanya tak buncit, tapi mungkin badan masih berisi sebab lemak tak kurang. Tapi masih boleh dilakukan jika rajin berusaha.

Ok tipnya begini:
1. Cuba berkedudukan seperti sedang merangkak (kaki atas lutut dan jari kaki; tapak tangan di bawah kedua-dua bahu). Relaks, biar terasa perut agak mengendur ke bawah. Hembus nafas habis-habis, kemudian sedut (kempiskan) perut ke atas dalam-dalam agar terasa macam nak tersentuh tulang belakang. TAPI pastikan badan tak ternaik ke atas atau punggung terturun ke bawah, sebab sepatutnya pergerakan itu pada otot perut sahaja. Tahan 20 saat setiap kali, dan ulang sebanyak yang mampu.

2. Yang ini lagi best, sebab anda tak perlu merangkak, dan boleh dibuat di mana-mana asalkan dalam keadaan duduk. Kat ofis boleh, waktu memandu kenderaan pun boleh. Caranya hampir sama, iaitu, hembus nafas habis-habis dan sedut perut masuk ke dalam tanpa membongkokkan badan. Ingat gerakkan otot perut sahaja. Tahan 20 saat setiap kali, dan ulang sekerap yang boleh.

InsyaAllah anda akan terasa perut lebih kempis. Cuma yang terbaiknya ialah juga menipiskan lemak pada dinding perut dengan melakukan senaman dan menjaga makan. Barulah best!

Ok, sampai di sini dahulu, jumpa lagi. Ceria selalu...

19 Februari 2008

Kurus dan Awet Muda

Selamat bertemu kembali ... kita tinggalkan sebentar alam kurang sihat dan berpenyakit, tak mahu bincang pasal diabetes/ kencing manis dan darah tinggi. Kita bincang bagaimana nak teruskan sihat dan ceria. Badan kurus dan awet muda...kan BEST ya tak ?!

Jadi, kali ini saya nak berkongsi tips untuk kurus (sihat/ fit) dan awet muda. Tipsnya begini:

1. Cuba anggarkan makan sedikit kurang (deficit) daripada yang diperlukan oleh badan kita. Keperluan setiap individu adalah berlainan mengikut berat badan masing-masing. Jika berat 70kg++ misalnya mungkin perlu dalam 2000 kalori sehari... kurangkan kepada 1800 kalori misalnya. Indicator atau petunjuk lazimnya ialah mesti ada rasa lapar yang agak lama berterusan tapi tak keterlaluan (macam puasa tu memang cantik).

2. Makan dengan kerap, dalam 2-3 jam sekali tapi dalam kuantiti yang sedikit. Elakkan lapar keterlaluan, sebab lapar yang amat sangat boleh menggagalkan apa juga jenis diet... percayalah. Style unta memang tak sesuai untuk manusia. Keseimbangan makanan masih lagi perlu dijaga untuk menjaga agar tidak lapar, tidak letih dan menstabilkan paras gula dalam darah. Macam tak logik.... nak kurus kena kerap makan, tapi benar.

3. Apabila kita makan agak kurang, badan kita secara semulajadi akan menghasilkan sejenis hormon sirt yang boleh mengekalkan awet muda. Itu sebab perlu berasa lapar (ingat amalan makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang). So bahagian awet muda dah taken care of, don't worry. Cuma jangan kurang daripada 1200 kalori sehari. Badan akan bertukar mod dari lapar kepada disangkanya anda sedang kebulur..! Metabolisme akan menjadi rendah, anda akan lambat kurus. Kita nak metabolisma kekal tinggi tapi makan kurang.

Semoga 3 tips di atas dapat memberi semangat pada kita untuk terus hidup bebas tanpa diabetes/ kencing manis dan darah tinggi. Amalkan jamu patawali ++ bersama makanan dan senaman seimbang serta kekalkan menjadi habit, insyaAllah. Sehingga di lain kali, ceria selalu

02 Januari 2008

Selamat Tahun Baru - Ceria dan sihat selalu

Selamat Tahun Baru (Tahun Hijriah juga akan menjelang tiba) kepada semua pengunjung laman ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mengekalkan kesihatan dan keceriaan masing-masing ... terutamanya yang sudah sedikit berusia, dapat mengelakkan diri dari masalah serius diabetes/ kencing manis, darah tinggi dan masih slim.
Ok, kali ini saya nak kongsi sedikit azam tahun baru sebagai usaha kita untuk kekal sihat, insyaAllah.

1. Cari ruang untuk berehat yang secukupnya di tahun 2008
Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, stress atau tekanan amat kerap menjadi punca kita jatuh sakit. Kajian menunjukkan bila kita stress, sejenis hormon dalam badan kita akan bertambah. Nama hormon ini adalah cortisol. Hormon cortisol ini agak "nakal" kerana ia akan meningkatkan kadar penyimpanan lemak badan (senang berisi), menambah kerosakan sel dan organ badan akibat free-radical dan juga akan mengurangkan muscle kita (letih saja bersenam angkat berat).
2. Kurangkan gula dalam pemakanan
Tak habis-habis dengan gula... ada yang kata bila dah sakit diabetes/ kencing manis maknanya kuota makan gula dah habis. Walau disindir begitu pun, gula tetap menggoda. Itu sebab kita kena usaha kurangkan sebab ia hadir dalam makanan kita dalam pelbagai bentuk.
3. Makan "lemak baik" kurangkan "lemak jahat"
Semuanya kejadian Tuhan. Lemak tu tak baik atau jahat, cuma akibatnya jika diambil banyak boleh menyebabkan mudarat. Kurangkan lemak jenis trans-fatty acids (banyak dalam makan segera) kerana mudah mendatangkan pelbagai penyakit. Lemak yang baik dimakan ialah omega-9 (dalam minyak zaitun) dan omega-3 (sumber ikan dan tanaman yang ada ALA atau Alpha Linoleic Acid).
4. Makan lebih protein
Makan protin yang bersih tak bercampur lemak. Daging yang tinggi protin dan kurang lemak biasa dipanggil lean meat atau daging putih. Protin membantu membina muscle, menguatkan tahap immun kepada penyakit dan memperkasakan tubuh kita.
5. Elakkan makanan proses
Secara umumnya, kenalilah makanan kita. Kalau tengok rasa tak pasti apa bendanya tu, atau dah banyak berubah bentuk (dah kena proses = makanan proses), tinggalkan, kerana banyak lagi makanan lain.
Semoga tips ini dapat membantu kita sihat dan ceria selalu...

04 Disember 2007

Cara Mengambil Jamu Patawali ++

Oleh sebab ramai yang meminta cara mengambil/makan jamu yang disyorkan, saya tuliskan di sini beberapa cadangan:

  1. Bagi saudara/i yang telah disahkan ada apa-apa penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi, sebelum mengambil apa-apa jamu patawali atau lain-lain, eloklah berbincang dengan doktor dan membuat pemeriksaan teliti dahulu, ambil ujian darah, ujian paras gula dalam darah, dsbgnya.
  2. Untuk pengidap darah tinggi dan diabetes/ kencing manis (lelaki & wanita), disyorkan makan Jamu Patawali tulen 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jamu ini mengandungi akar Patawali yang ditapis halus dan diisi ke dalam kapsul halal. InsyaAllah tiada rasa pahit sangat dan paras gula dalam darah akan turun.
  3. Pengidap diabetes lelaki mungkin adakala menghadapi masalah sampingan lain seperti kurang ransangan seksual. Oleh itu, disyorkan diselangi dengan memakan Jamu Patawali Jaga (2 biji kapsul halal waktu pagi), iaitu Patawali yang diadun dengan Ubi Jaga. Ubi jaga itu terkenal kegunaannya sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. InsyaAllah berkesan jika bersabar dan berdoa.
  4. Bagi kaum wanita yang ingin mengekalkan kesihatan dalaman, disyorkan Jamu Patawali Manja (2 biji kapsul halal pagi) yang diadun dengan Manjakani. Antara khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita. Manjakani juga sinonim dengan fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. Ia juga dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga. Asid gallic yang terdapat di dalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma. Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
  5. Bagi tujuan makanan kesihatan harian lelaki & wanita, disyorkan Patawali ++ (plus plus) (2 biji kapsul halal pagi) yang mengandungi adunan campuran lain seperti Misai kucing, pegaga, dll. Ini akan menyebabkan badan rasa lebih sihat dan cergas, serta mampu mengelakkan daripada terkena penyakit darah tinggi atau diabetes/ kencing manis jika dijaga pemakanan manis dan berlemak agar tidak melampau, insyaAllah.

(rujukan http://www.melur.com/)

Bagi yang hendak pendapatan tambahan dengan menjual atau mengedar pun tidak ada salahnya. Anda semua dialu-alukan. Mari kita kembangkan budaya berniaga dikalangan kita.

Oleh itu, diharap cadangan pengambilan jamu di atas dapat membantu semua. Suami berJAGA - isteri berMANJA. Ceria selalu...

19 November 2007

Kesegaran badan

Ramai pengguna asal Jamu Patawali tulen dan Patawali ++ biasanya telah mengalami sedikit masalah kesihatan. Namun setelah mencuba jamu tersebut ramai yang dapat merasakan perbezaannya, alhamdulillah.

Sukalah juga kita ingat memperingati di sini bahawa ramai yang apabila badan dah mula rasa "sedap", mereka kembali kepada tabiat pemakanan yang kurang sihat dan ada pula yang mula meninggalkan ubat daripada hospital misalnya. Ini bukanlah sesuatu yang digalakkan kerana tabiat yang baik itu lebih utama untuk dikekalkan.

Kita semua amat digalakkan untuk bersenam atau exercise. Ada dua jenis senaman yang utama, iaitu, senaman gerak cergas seperti aerobik dan senaman kekuatan seperti mengangkat berat. Dua jenis senaman itu boleh dilakukan secara berasingan pada hari-hari berlainan, ataupun boleh dilakukan dalam bentuk gabungan. Bagi yang jarang bersukan atau bergerak cergas, pastikan membuat pemeriksaan dan mendapat nasihat doktor dahulu.

Bagi yang tidak terfikir langsung atau tidak pernah membuat senaman angkat berat, mungkin dirasakan itu untuk mendapatkan badan yang tegap seperti Sazali Samad. Tapi sebenarnya, senaman angkat berat akan menambah kekuatan badan dan amat baik dalam menurunkan kadar gula dalam darah. Oleh itu, bagi yang sudah ada diabetes/ kencing manis atau pra-diabetes, cubalah usahakan untuk memasukkan rutin senaman jenis ini dalam jadual harian anda. Pernah ada yang terkejut kerana kerap bermain badminton dan boling, tetapi bila selepas senaman angkat berat terasa otot badan mereka terketar-ketar. Ini tanda sihat bahawa ada otot kita yang tidak digunakan sangat dalam aktiviti lincah yang lain.

Oleh itu jangan lupa makan jamu dan selitkan aktiviti angkat berat. Jika anda perlu bantuan untuk dapatkan rutin exercise menggunakan pemberat dumbell misalnya, sila hubungi saya menerusi email rosenshy@gmail.com. Saya akan cuba bantu, insyaAllah. Biar berdikit-dikit tapi berkesan. Ceria selalu..

05 November 2007

Goola..guler...goula...atau GULA...?

Tak kira bagaimana ianya dieja...gula tetap gula. Di zaman moden ini, kini sering tak perasan akan adanya gula yang "tersembunyi" itu.

Dalam Bahasa Inggeris ianya dinyatakan dalam nama-nama berikut:
Natural sugars: brown sugar, raw sugar, rice syrup, honey, maple syrup, molasses
Corn sweeteners: corn syrup, high fructose corn syrup
Dalam jus air: fruit juice concentrate; apple juice, pear juice, pineapple juice
Gula berakhir dengan "-ose" : dextrose, sucrose, maltose, fructose
Lain-lain: malt, carob

Hati-hati memilih "makanan sebenar" dan "makanan gula" ini. Baca label dan pulangkan ke rak makanan yang pada labelnya terdapat unsur gula awal atau mula-mula dalam ramuannya. Pilihlah karbohidrat sihat yang ada serat, seperti buah, sayuran dan tepung atau makanan berserat tinggi. Makanan ini tidak meningkatkan gula dalam darah secara mendadak seperti gula kerana ia mengambil masa untuk di hadam dan diserap ke dalam badan.

Imbangi pemakanan manis bergula dengan Jamu Patawali++
Jadilah pembeli yang bijak membaca label. Ceria selalu...

31 Oktober 2007

Gembirakan hati anda

Beberapa orang rakan & kenalan telah memberi feedback yang baik dan keserasian (serasi) dengan Jamu Patawali++ & Patawali tulen, terutamanya mengurangkan kesan alahan kulit akibat kencing manis. Namun hampir semuanya berkata badan rasa "sedap". Inilah tanda-tanda positif yang diharapkan semua kita rasa atau alami hari-hari.

Merujuk kepada artikel tentang stress sebelum ini, memang berbahaya jika kita tidak menangani penyakit yang dialami seperti diabetes dengan segera. Penyakit ini akan mendatangkan stress yang kemudiannya boleh menimbulkan lain-lain lagi kesan negatif pada diri kita.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang stress dan selsema pula. Tidak sukar untuk yang bermasalah kesihatan menjadi stress lalu dihinggapi selsema dan seterusnya menyebabkan dia lebih stress dan sakit. Dari soalselidik perubatan yang dilakukan di University of Pittsburgh, didapati:
  • Orang yang selalu riang dan relax lebih ketahanan diri dari selsema dari orang yang sentiasa tegang atau dibawah tekanan.
  • Orang yang dapat selalu bercerita atau meluahkan perasaan diri juga lebih sukar untuk dijangkiti selsema.
  • Orang yang aktif dengan beberapa tanggungjawab lebih tahan kepada selsema daripada yang menyendiri asalkan tidak terlalu banyak tanggungjawab.

Oleh itu perlu kita melaksanakan beberapa perkara untuk menjaga diri agar tidak terus dengan perasaan negatif dan dibebani stress.

Ceria selalu..