Jamu harian Melayu kapsul segar patawali++. Cegah & kawal diabetes/kencing manis dan darah tinggi. Anda bertambah sihat!
17 Julai 2013
It's Ramadan again... Ramadan kembali lagi
Bulan Ramadan menziarahi kita lagi. Jangan lupa ambil peluang dari 2 sudut:
1. Rohani: Inilah bulan yang sepatutnya ditunggu-tunggu untuk melipat-gandakan amal ibadat bagi semua Muslim. Kalau kita tak boleh prepare untuk Ramadan, bagaimanalah kita boleh prepare untuk mati dan bertemu Allah s.w.t.
2. Fizikal: Peluang juga untuk jaga makan dan mengurangkan berat badan yang sukar nak susut selama ini. Menurut pakar, tak perlu tinggalkan senaman hanya kerana kita berpuasa. Buat yang mana terlarat (tak macam bulan tak puasa lah), dan pilih waktu antara jam 6 ptg - 7 ptg supaya dekat nak berbuka dan supply semula kalori yang hilang.
Oklah, cukup setakat itu. Bagi semua customer kapsul Patawali++, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Semoga semua sentiasa sihat dan sejahtera.
Saya tutup dengan petikan sifoo dalam Kung Fu Panda
"Yesterday was history...
Tomorrow is mystery..
Today is a gift.. that's why they called it present! "
Ceria selalu..
01 November 2011
Trend yang Menakutkan
Sejak tahun 2007 lagi didapati di beberapa tempat di dunia spt di US, jangka hayat (umur) wanita telah menurun hampir 2 tahun. Kaum lelaki pula menurun lebih daripada 2 tahun. Namun ada tempat yang jangka hayat bukan sahaja tidak turun malah naik dan bertambah baik (spt. di Australia).
Kajian menunjukkan kematian pada umur muda di kebanyakan tempat adalah berkait rapat dengan tabiat yang sebenarnya boleh dielakkan spt. kegemukan, ketagihan arak dan rokok. Kajian juga mendapati ramai yang mengalami kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan diabetes (kencing manis) tidak merawat dengan cara yang sepatutnya.
Marilah kita beringat! Kita sepatutnya bertambah baik dari segi jangka hayat spt. mana warganegara kepada Malaysia yang makmur dan maju. Oleh itu, KENA UBAH SIKAP DAN TABIAT buruk berkaitan dengan segera. Sebab itu Orang putih dah lama gelar kematian akibat penyakit tersebut sebagai"preventable" deaths (boleh dielakkan). Semuanya dengan usaha dan izin Tuhan. Sekian dulu, ceria selalu...
03 Februari 2011
Yang mana lagi penting?
Buah pinggang amat penting untuk menapis dan membersihkan darah (bukan air tau!) dalam tubuh. Letaknya di kiri dan kanan badan bawah rusuk kita. Antara masaalah kesihatan berkaitan buah pinggang ialah jangkitan salur kencing, batu karang, kencing tak lawas dan kerosakan buah pinggang.
Tahukah anda tekanan darah tinggi juga boleh dijadikan amaran tanda-tanda masaalah buah pinggang? Banyak sangat minum air gas, kopi, kefein, garam dan alkohol boleh menyesakkan buah pinggang seseorang. Sengal belakang di bahagian bawah boleh disebabkan oleh buah pinggang kita kekurangan air.
Yang ramai tak tahu ialah batu karang terjadi bukan sebab banyak sangat makan sumber kalsium tapi sebaliknya. Tubuh yang kurang kalsium akan mengambil kalsium yang kurang dari tulang.
Jom jaga buah pinggang kita dengan:
1. Minum air kosong bersih banyak-banyak
2. Minum juga air mineral
3. Makan makanan yang segar, organik dan tak berkanji
4. Bersenam cergas dan regangan badan 3 kali seminggu
5. Makan makanan kesihatan seperti Jamu Patawali++ setiap hari =)
6. Cari cahaya matahari sekurangnya 15 minit sehari
7. Rehat dan tidur kena mencukupi
8. Jauhi benda toksin, kimia dan sepertinya
9. Buat baik dengan masyarakat
10. Cari kegembiraan
11. Beramal dan beribadat
12. BUAT sebab kalau list panjang-panjang pun tak buat tak guna ya tak..? =)
Jadi..., penapis air penting, buah pinggang penting, melakukan perkara di atas itu juga penting! Semoga berjaya mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat. Ceria selalu..
16 November 2010
Berkorban untuk kekal sihat
Selamat Menyambut Hari Raya Qurban untuk semua muslimin dan muslimat.
Hidup di dunia ini penuh dengan pengorbanan sebenarnya. Ramai yang telah menyedari bahawa bersenam atau exercise itu amat baik untuk kesihatan badan dan mental. Namun begitu, masih ramai yang tidak merasakan exercise itu juga penting untuk golongan berusia (bukan untuk orang muda sahaja). Kajian ada menunjukkan semua golongan umur akan mendapat munafaat daripada senaman dan aktiviti fizikal.Walaupun senaman dan aktiviti fizikal adalah antara perkara yang paling sihat untuk dilakukan, ramai golongan berusia dan terutamanya warga emas amat benci melakukannya. Ada juga yang takut akan terlebih buat lalu mudarat atau cedera.
Bersenam dengan cara yang betul adalah selamat untuk semua lapisan usia. Golongan berusia akan rugi dan lebih mudarat jika tidak bersenam daripada bersenam. Jika tidak dapat lakukan gerakan khas yang dinamakan senaman, bergerak atau melakukan kerja dengan cepat dan cergas juga amat baik. Ketahuilah bahawa dengan memilih cara hidup yang tidak cergas, golongan berusia akan mula kehilangan minat, sentuhan dan kelebihan yang penting dalam hidup, iaitu, kekuatan(strength), keseimbangan(balance), keboleh-lenturan(flexibility) dan ketahanan(endurance).Berita baik untuk semua,… masih belum terlewat untuk memilih jalan hidup sihat. Menjadi semakin berusia tidak bermakna kita mesti menjadi lemah atau pincang. Senaman dan bergerak cergas akan membantu kita menjadi lebih gembira dan dapat menikmati sisa-sisa usia kita dalam keadaan yang paling baik. Oleh itu janganlah menyangka semuanya sudah terlewat untuk berbuat sesuatu. Mulakan langkah pertama itu! Ceria selalu..

08 September 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA - EID MUBARAK
10 Ogos 2010
RAMADHAN MUBARAK !
19 Julai 2010
Serat boleh elakkan serabut...
Serat amat diperlukan oleh tubuh manusia. Tak kira sama ada serat tersebut alam keadaan asli (spt dalam buah-buahan segar) atau pun dalam bentuk supplement, serat membantu tubuh mengekalkan sistem kardiovaskular yang sihat secara menggerakkan sistem penyucian semula jadi tubuh. Kajian mendapati serat meningkatkan penghasilan kolesterol "baik" HDL dan menolak kolesterol "jahat" LDL keluar dari salur darah. Ini mengelak dari terjadinya mendapan dalam salur darah yang dipanggil plaque.
Serat juga didapati membantu menurunkan tekanan darah (darah tinggi), menurunkan kandungan kolesterol, mengurangkan bengkak, dan mengelakkan salur darah menjadi keras. Yang bagusnya lagi, serat membantu mengawal kandungan gula dalam darah, yang boleh mengurangkan risiko terkena sakit kencing manis atau diabetes type-2. Selain itu, serat juga membantu dalam mengurangkan berat badan dan mengelakkan dan mengurangkan risiko barah colorectal, barah intestin dan barah gastrointesin.
Banyak mana nak makan serat? Kata pakar... lebih kurang 38 gram sahaja sehari. Dan kata pakar juga.... jangan lupa MINUM BANYAK AIR untuk mengelakkan sembelit.
Jadi, jangan lupa amalkan makan serat untuk elak diri dari jadi serabut. Ceria selalu..


