01 September 2009

Makanan Pembakar Lemak

Salam sejahtera dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Ramai yang ada buat perancangan nak kurus sikit puasa ni, maklumlah diet cara tak langsung. Berjaya atau gagal itu tak sepatutnya menjadikan kita stress. Anggaplah ianya sebagai cabaran... Yaa cabaran yang selalu jadikan hidup kita lebih menarik. Itu sebab ramai yang suka menyertai sukan yang dianggap amat mencabar... "Thrill-seekers" kata om putih.
Tapi kan, kalaulah kita makan (kenyang), kemudian makanan tu pulak boleh bakar lemak dalam badan, kan best.... ye tak?! Ada ke makanan cam tuh? InsyaAllah ada:
1. Air. Dengan meminum air lebih kurang 1/2 liter, kadar metabolik anda boleh meningkat sebanyak 30%. Tahukah anda kadang-kadang anda rasa lapar tapi sebenarnya sebab kurang minum air? Air juga adalah penghilang lapar semulajadi yang akan flush garam dan toksin dari badan. Jadi minumlah air kosong dengan kadar yang banyak.




2. Green Tea. Ramai dah tahu ni, ia boleh tingkatkan metabolisme dan juga baik untuk menjadikan anda tenang, serta terhindar dari kanser tertentu dan sakit jantung. Yang mana lebih stail? .... teh hijau ke teh tarikkk? ... itu hak anda menentukan :)


3. Sup. Sedikit sebelum makan atau jadikan snek. Janganlah lebih-lebih sampai buat sup gear-box lak :) Anda akan kurang makan (kenyang) sebab sup ada "pembunuh selera" dan tubuh akan bakar lemak lebih cepat.
4. Cili/lada. Ingat tak anda berpeluh-peluh makan masakan pedas cili api hari tu? Makan pedas akan meningkat sedikit metabolisme anda. Kalau perut tahan bolehlah amalkan, banyak kalori badan akan terbakar sekali.

Oklah, cukup dulu 4 faktor di atas untuk diamalkan. Bagaimana ia boleh membantu kita membakar lemak dan menguruskan badan?
- Semuanya akan menjadikan kita kenyang dengan kalori yang rendah dan meningkatkan metabolisme badan untuk membakar lemak.
Jadi, boleh tampal list ini kat peti ais anda, biar cepat hafal.
Mudah-mudahan bulan puasa ini kita bertambah amalan baik dari segi rohani dan jasmani. Ceria selalu..

24 Jun 2009

Masalah O B C T

Salam sejahtera. Harap semua sentiasa sihat dan berusaha untuk kekal sihat bertenaga selalu. Walaupun sebelum ini kita telah melihat isu kegemukan pada ahli sumo, saya masih rasa perlu untuk berkongsi tentang kajian bagi masalah kegemukan dan obesiti yang dibuat oleh pakar diet dunia.

Kajian oleh saintis Australia menunjukkan hampir semua American yang bertambah berat badan dalam tempoh empat dekad lalu hanyalah akibat terlebih makan. Kajian ini menolak spekulasi sebelum itu yang menyatakan masalah kegemukan mereka adalah akibat kurang bersenam dan banyak jajan baru berkalori tinggi di pasaran. Yaa.... bukan sebab tak exercise, tapi terlebih makan !

Begitulah kadang-kadang masalah yang dirasakan kompleks atau besar mempunyai jawapan yang agak mudah atau simple sahaja. Tidak ramai yang mampu bersenam 50 minit sehari setiap hari. Oleh itu baiklah lagi kurangkan makan dan pengambilan makanan berkalori tinggi. Semoga dapat kita amalkan. Ceria selalu...

02 April 2009

Sume nak jadi Sumo?

Salam sejahtera buat semua! Hmm... sejak ada cerita Sumolah, saya rasa ramai yang tak merasa pelik melihat gambar kecil di sebelah tu.
Walaupun gambar tu kecil je, sebenarnya ahli Sumo itu amatlah besar dan kuat orangnya. Sewaktu mereka berlanggar, bagaikan trak yang berlanggar. Mereka itu amat kuat, tetapi mereka juga pakar mengumpul LEMAK BADAN. Ya, mereka mahukan kegemukan yang melampau! Pelik tetapi benar, inilah satu-satunya atlet yang mahukan gemuk.
Bagaimanakah mereka berjuang untuk mendapatkan kegemukan yang melampau itu? Inilah yang kita akan berkongsi kali ini:

1. Setiap hari mereka mengelak dari makan sarapan. No breakfast.
2. Mereka akan bersenam dengan perut kosong.
3. Mereka bersenam dalam masa yang lama 2 - 5 jam sehari.
4. Mereka makan hanya 1-2 hidangan yang besar setiap hari. Tiada snek ringan lapik perut.
5. Mereka makan banyak karbohidrat tinggi dengan daging.
6. Mereka tak makan apa-apa lemak pun.
7. Mereka makan makanan berkalori amat tinggi.
8. Mereka minum beer sambil makan.
9. Mereka terus pergi tidur sebaik selepas makan (siang dalam 3 jam tidur).

Inilah antara amalan mereka yang jelas diamalkan berkurun-kurun lamanya. Apa hasilnya? Ialah seorang ahli Sumo dengan lemak badan melebihi 50%.
Jadi apa kita nak buat? Kita dah tahu, jika nak gemuk macam ahli Sumo kena buat macam itu, oleh yang demikian nak jadi biasa dan sihat kenalah buat yang sebaliknya. Kalau tidak... Sumolah! Jumpa lagi, ceria selalu...

02 Mac 2009

Sikit-sikit boleh elak penyakit

Turutan dari perbincangan kita yang lalu, amalan berubah sikit-sikit mungkin lebih berkesan daripada amalan hangat2 **** ayam. Ini amat biasa terjadi bagi mereka yang nak mula diet baru. Hinggakan dalam Bahasa Inggeris dipanggil "yo-yo diet". Cepat turun, cepat juga naik semula. Kita cuba elakkan yang begitu.

Nak kurangkan berat badan ni tidak ada magicnya. Oprah Winfrey selalu sebut dalam talk shownya, jikalah ada magic pil tersebut, sudah tentu dialah orang pertama yang membeli dan mencubanya.

Apakata kita cuba ubah sikit-sikit perkara yang rasa mampu dibuat, iaitu antaranya:
1. Kurangkan minum air gas dalam tin (soda). Menurut kajian, siapa yang biasa minum soda lebih kurang 10 tin seminggu jika meninggalkan amalan itu, boleh turunkan berat badan sehingga lebih 1kg sebulan free-free jer! Sebab 1 tin soda 12oz. boleh mengandungi 150-170 kalori, tanpa apa-apa kandungan nutrisi berfaedah.
2. Jika kita jalan kaki pada jarak 15minit ke mana-mana, dibuat 2kali sehari boleh turun lagi 1/2 kg berat.
3. Ambil saiz yang kecil (small) berbanding yang besar (large) jika order apa-apa dari restoran makanan segera. Contohnya burger besar dengan keju mengandungi 770 kalori, sedangkan yang saiz kecil 440 kalori. Banyak tuu! Biasanya kalori dapat dikurangkan jika tiada keju dan mayonnaise.
4. Sensitif sewaktu membeli barangan untuk sarapan pagi dll. Misalnya, cari yang kurang gula untuk sarapan jenis segera seperti cereal. Untuk pemanis, cari buah-buahan yang boleh menambah kemanisan secara terkawal. Buah tamar atau kismis misalnya. Pilih juga susu tanpa lemak, mentega dan mayonnaise rendah lemak dll. Kajian menunjukkan menukar kepada kandungan rendah boleh menurunkan antara 1/4 - 1kg sebulan.
5. Jadikan usaha kita yang baik-baik sebagai cara hidup atau lifestyle(habit) yang berkekalan, bukan perkara yang sementara. Barulah akan berkesan.

Jom ajak pasangan atau keluarga anda sama-sama buat. Biar bulat manusia kerana muafakat, bukan kerana makan =) Ceria selalu...

13 Februari 2009

Rejuvenate = Awet muda !

Salam sejahtera buat semua. Sedar tak sedar dah 1 1/2 bulan kita berada di tahun baru. Hmm... bercakap tentang tahun, memang ramai yang sukar menyandar pada tahun. Umur, kerja, perkahwinan, kereta, rumah, pinjaman, dlll. banyak yang ikut tahun. Dengan tahun kita membilang umur, juga dengan tahun kita boleh rejuvenate atau awet muda :)
Sebenarnya, rejuvenate memang ada kaitan pun dengan sambutan tahun baru. Kenapa? Ya, masa itulah ramai yang nak buat azam baru. Azam "baru" itu kalau kita amat-amati .... bukan ke azam "semula" yang banyak.... yang betul2 baru mungkin sikit shj, betul tak?
Jadi, kalau azam kena rejuvenate, apa salahnya kita rejuvenate sikit penjagaan tubuh agar nampak lebih sihat = segar = muda (drp yg sepatutnya lah :)
Ok ini tips drp pakar2:
1. Minum terus dari gelas atau cawan. Menyedut guna straw akan lebih menimbulkan kedutan di sekeliling bibir & mulut. Kalau sedut rokok lagilah.....
2. Makan lemak. Ya... ada lemak yang perlu dimakan utk kesihatan kulit spt Omega-3 & Omega-6 yang mengandungi fatty-acids. Contoh, flaxseeds, ikan salmon, primrose oil.
3. Pakai krim tangan. Sebab tangan kita selalu menceritakan umur sebenar.... Muka, leher, rambut selalu dijaga, tapi tangan... jangan sampai kena pakai sarung tangan! Contoh, tangan selalu terjemur pada steering masa memandu kenderaan.
4. Kurang mayonaise pada sandwich, tapi apply pada rambut. Ya... biarkan 45 minit sebelum shampoo dan bilas.
5. Lepas shampoo, perah jus lemon pada rambut.... biar 2-3 min. Kemudian apply conditioner.
6. Jangan lupa kelembapan leher ketika menjaga muka. Kulit leher nipis dan mudah berkedut. Urut perlahan2 ke arah dagu.
7. Jaga posture badan. Jangan amal posisi kendur membongkok, tapi tegak seperti pasukan beruniform.

Rasanya cukup setakat itu, azam "semula" tak mengapa, asalkan niatnya baik dan berfaedah. Ceria selalu...

04 Disember 2008

Siapa susah nak makan sayur?

Salam sejahtera buat semua. Di musim cuti sekolah ini ramai yang bercuti atau berkelah ke tempat lain. Tak kurang juga yang duduk di rumah sahaja. Antara kebiasaan bila dah berjalan tu, pasal makan kita kurang fikirkan kesihatan, tapi lebih kepada nak sedap, nak cuba atau nak rasa.

Sayur-sayuran selalu menjadi faktor utama yang menyumbang kepada diet yang sihat. Kita di Malaysia ini walaupun mempunyai banyak jenis sayuran untuk dimakan, kekurangan idea atau kreativiti sering menyebabkan makan sayur jadi jemu. Kalau orang dewasa masih lagi boleh disuap dengan ulam-ulam, tapi bagi kanak-kanak memang lebih sukar.

Khasiat dalam sayur amatlah banyak dan tidak sepatutnya diabaikan. Yang pentingnya kita kreatif, iaitu tahu nak masak apa. Sebagai contoh saya sediakan satu resipi sarapan di bawah ini yang melibatkan sayur dan protein untuk kita sama-sama cuba, ok.


RESEPI SCRAMBLE EGG DAUNAN RIMBUN



Telur putih dpd 4 biji telur
1 oz. fat-free mozzarella cheese
bawang besar dihiris
cendawan segar dihiris
sayur bayam dihiris
1/4 sudu teh serbuk buah pala atau nutmeg
1/3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
(boleh tambah sayur lain atau lada jika suka)

Jangan lupa basuh bayam dulu. Pukul putih telur, masukkan cheese, bawang dan cendawan yang telah dihiris. Panaskan kuali tak-lekat dengan minyak zaitun dan tumis bayam dengan api sederhana. Taburkan sedikit serbuk nutmeg dan angkat. Buat scramble egg dengan putih telur tadi dan letakkan di atas sayur bayam tadi bila selesai.

Resepi ini termasuk dalam kategori kurang garam dan rendah kolesterol. Fiber dapat, protein pun ada. Minyaknya sihat. Apa lagi cubalah! Ceria selalu...